Pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada sesi kali ini bakal menyaksikan penyandang timbalan presiden Mohamad Sabu dicabar oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemiluhan PAS Pusat, Asmuni Awi dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS Pusat, pada Sabtu.
Ia berikutan penarikan diri Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan tersebut di saat akhir.
Ketiga-tiga mereka sah diumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden PAS Pusat bersama-sama dengan Datuk Abu Bakar Chik serta Datuk Mahfuz Omar.
Seramai 61 calon telah disahkan akan bertanding bagi Ahli Jawatankuasa Kerja.
Penyandang jawatan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan mengekalkan jawatan beliau apabila diumumkan menang tanpa bertanding.
Bagi Dewan Ulamak PAS Pusat, sebanyak lima jawatan tidak dipertandingkan iaitu jawatan Pengerusi Tetap, Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan Pemeriksa Kira-kira.
Penyandang Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berjaya mengekalkan jawatannya berikutan kemenangannya tanpa bertanding.
Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad turut mengekalkan jawatannya apabila tiada calon lain yang menentangnya.
Jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Kamarulzaman Muhammad, Suhaizan Kaiat dan Zulhazmi Sharif, manakala bagi jawatan Timbalan Ketua pula menyaksikan pertandingan di antara Mohd Khalil Abdul Hadi dan Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob.
Ia berikutan peyandangnya, Nasrudin Hassan Tantawi dan juga Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss menarik diri dari bertanding.
Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat pula, Ahmad Zamri Asaad Khuizaimi bakal berdepan dengan calon Ir Mohd Khairul Nizam Khairuddin.
Sementara itu jawatan Ketua Dewan Muslimat pula bakal menyaksikan pertandingan di antara penyadangnya, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dengan Nuridah Salleh, manakala untuk jawatan Timbalan Ketua pula, Anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud bakal berdepan dengan Dr Najihatussalehah Ahmad.
Bagi jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS, penyandangnya Senator Mumtaz Mohd Nawi bakal bertembung dengan Dr Rosni Adam.
Dalam pada itu, Asmuni memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pemilihan PAS juga akan merujuk kepada Jabatan Insolvensi bagi memastikan status bankrupsi calon-calon.
“Saya nak menyatakan walaupun nama-nama mereka sudah diterima dalam pencalonan tetapi pencalonan mereka ini masih bersyarat.
“Syaratnya kita mendapat laluan daripada Jabatan Insolvensi berkaitan dengan status bankrupsi. Kita akan membuat carian di Jabatan Insolvensi dan sekiranya ada di antara mereka ini yang statusnya tidak jelas, maka individu berkenaan akan dimaklumkan secara terus,” kata beliau.
Katanya jika ada calon yang didapati muflis, mereka akan dikeluarkan dari senarai pencalonan.
Jelasnya , nama-nama tersebut akan dirujuk ke jabatan tersebut dan keputusannya akan diketuahui dalam masa dua atau tiga hari.
Muktamar PAS ke-59 akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam mulai 22 hingga 24 November depan yang bakal menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertingginya.
Perasmian muktamar bagi dewan-dewan pula akan diadakan pada 20 November mulai jam 9 malam.
Dewan Ulamak PAS akan bermuktamar di Dewan Banquet MBSA, Dewan Pemuda PAS akan diadakan di Dewan Sivik MBPJ manakala Dewan Muslimat PAS pula di Dewan Jubli Perak SUK Selangor.
Haider Yutim
Sat Nov 09 2013


KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".

Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.

Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.