Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hari ini memberi peringatan keras kepada calon supaya tidak menganjurkan majlis yang kemudiannya bertukar menjadi kempen menjatuhkan calon lain yang bertanding.
Pengerusinya Asmuni Awi berkata, amaran tersebut turut diberikan kepada semua pihak di peringkat negeri agar menghentikan penganjuran majlis untuk mempromosi diri dan dalam masa yang sama untuk menjatuhkan orang lain.
“Calon boleh melakukan kempen tetapi ia mestilah kempen yang sihat dan mereka juga boleh melantik wakil-wakil bagi diri mereka sebagai calon untuk mempromosi diri mereka.
“Tetapi kita tidak akan kompromi sekiranya ada sebarang penganjuran majlis tertentu yang dibuat untuk mempromosi diri dan dalam masa yang sama untuk menjatuhkan orang lain,” katanya dalam satu sidang media di Pejanbat Agung PAS Pusat, pada Sabtu.
Menurutnya, pihak jawatankuasa akan akan mengambil tindakan yang tegas dan akan merujuk mereka yang terlibat kepada lembaga disiplin.
Jelas Asmuni, sekiranya calon-calon itu menang dan lembaga disiplin mendapati mereka melakukan kesalahan, kemenangan mereka akan digugurkan.
"Bagi badan perhubungan negeri dan lajnah-lajnah negeri, jangan menggunakan majlis rasmi dan ditukar untuk mempromosi seorang calon dan menjatuhkan calon lain. Ini sudah berlaku, saya terima aduan, dan saya beri peringatan supaya tidak mengulanginya. Perbuatan ini amat dikesalkan." ujarnya.
Tambah beliau, pihaknya juga telah mengeluarkan garis panduan berdasarkan kaedah 6 tatacara pemilihan dan berharap supaya semua calon, ahli, penyokong serta lajnah negeri mematuhi aturan ini.
Muktamar PAS ke-59 akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam mulai 22 hingga 24 November depan yang bakal menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertingginya.
Perasmian muktamar bagi dewan-dewan pula akan diadakan pada 20 November mulai jam 9 malam.
Dewan Ulamak PAS akan bermuktamar di Dewan Banquet MBSA, Dewan Pemuda PAS akan diadakan di Dewan Sivik MBPJ manakala Dewan Muslimat PAS pula di Dewan Jubli Perak SUK Selangor.
Haider Yutim
Sat Nov 09 2013

Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

PRU15: PH Perak sahkan akan bentuk kerajaan negeri dengan BN
PH mempunyai 24 kerusi, sementara BN yang memiliki sembilan kerusi membolehkan kerajaan negeri Perak dibentuk.

PRU15: Amanah Perak gesa polis, SPR siasat ucapan tular Razman
Kempen-kempen berbaur fitnah wajar dihentikan dan agama Islam turut melarangnya kerana kesan kepada masyarakat cukup besar.

PRU15: Amanah Perak tidak senaraikan Nik Omar
Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Datuk Asmuni Awi berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.

PRU15: Mujahid, Dr Hatta kekal, Amanah Perak tampil 57 peratus muka baharu
Asmuni Awi berkata seramai 12 calon baharu diletakkan di DUN manakala tiga calon baharu ditempatkan di Parlimen Larut, Bukit Gantang dan Parit.

PRU15: Amanah Perak tidak ada masalah jika DAP berhasrat bertanding di Parit - Asmuni Awi
Semua pihak boleh menyatakan hasrat, tetapi keputusan itu (pembahagian kerusi) masih di peringkat perbincangan, kata Asmuni.

Asmuni sahkan dipanggil SPRM berhubung isu tanah lapangan terbang
Asmuni memaklumkan kehadirannya ke Pejabat SPRM Perak di sini pada 15 April lalu bertujuan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

PRU15: Umum calon secara terbuka bukan amalan parti - Asmuni
Keputusan untuk memilih calon bertanding dalam PRU15 akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti, bukannya individu.

PRN Melaka: Amanah dijangka tanding 8 hingga 10 kerusi
Bagaimanapun, perkara itu akan diputuskan di peringkat kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).

PH Perak setuju kerjasama secara 'en bloc'
Ia bermakna jika ada mana-mana parti komponen PH tidak diterima, maka mereka tidak akan menyertai kerjasama baharu itu.

PH sedia bentuk kerjasama dengan UMNO di Perak
Demi kepentingan rakyat, mereka sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membantu membentuk kerajaan pelbagai kaum, kukuh dan stabil.