Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempunyai peluang besar untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN setelah mengambil kira keputusan yang diterima Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) serta dicampur dengan jumlah rasmi, dakwa Setiausaha Politiknya Azman Bidin.
Abdul Khalid yang juga menteri besar Selangor itu kini didakwa meraih anggaran keseluruhan undi sebanyak kira-kira 10,800 undi, berbanding penyandang jawatan Timbalan Presiden iaitu Azmin Ali yang setakat ini memperoleh undi sekitar 11,300.
Dalam satu kenyataan media, pencapaian anggaran perbezaan undian yang kurang dari 1,000 tersebut dianggap memberangsangkan ekoran keputusan rasmi pada 9 Mei lalu yang mencatat perbezaan sebanyak 3,659 undi.
“Melalui mood dan ‘trend’ pengundian di Wilayah Persekutuan dan cabang-cabang di Selangor yang keputusannya diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti, JPP, kami menganggarkan keputusan undian kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di cabang-cabang yang dibatalkan dan masih ditangguhkan akan melonjak naik.
“Anggaran ini berdasarkan cabang-cabang yang dibatalkan atau ditangguhkan ini telah dikenalpasti sebagai kubu kuat beliau,” kata kenyataan tersebut yang turut mendakwa perkembangan itu memberikan Abdul Khalid kedudukan yang sangat positif.
Astro AWANI pada Rabu melaporkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh menurut satu sumber dalaman menyebut Azmin Ali memperolehi 15,724 atau 46 peratus undi sehingga pagi Rabu manakala Abdul Khalid meraih 10,851 (32%) undi dengan seorang lagi calon Datuk Saifuddin Nasution memperolehi 7,609 (22%) undi.
Pemilihan PKR bagi sesi 2014 hingga 2017 menjadi tumpuan ekoran kekecohan di lebih 20 cabang sehingga memaksa ianya dibatalkan dan diadakan semula.
Pemilihan Cabang-Cabang yang dibatalkan dijangka bakal dilakukan pada hujung minggu ini.
Astro Awani
Wed May 14 2014

Khalid berpeluang besar menang Timbalan Presiden

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

PKNS jual tanah di Bukit Broga kerana tidak strategik
PKNS berkata, tanah itu tidak dikira sebagai aset strategik untuk pembangunan kerana beberapa faktor utama yang membataskan potensinya.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.

PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.

PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.

Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.

Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.

Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.

Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.