Proses pemilihan sayap UMNO hari ini berjalan lancar tanpa ada gangguan yang boleh menggangu keputusan pengundian, kata Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata setakat ini ibu pejabat UMNO belum menerima sebaran laporan rasmi sebarang insiden, walaupun terdapat beberapa insiden didakwa berlaku di beberapa bahagian.
"Sebenarnya ada anggota jawatankuasa (AJK) pemilihan di semua peringkat dan kalau dapati ada keraguan boleh rujuk AJK pemilihan masing-masing. Semua aduan akan diteliti ibu pejabat UMNO sebelum tindakan susulan diambil," katanya kepada sidang media di sini malam ini.
Perwakilan daripada 191 Bahagian UMNO menunaikan tanggungjawab masing-masing mengundi bagi memilih kepimpinan ketiga-tiga sayap parti tersebut dengan didahului mesyuarat perwakilan bermula pagi ini.
Mengenai perkembangan pengiraan undi, Ab Rauf berkata sehingga jam 9 malam ini, sebanyak 35 peratus undi daripada kesemua 191 bahagian telah diterima ibu pejabat dan dijangka sekurang-kurangnya jumlah itu akan mencecah 60 peratus pada tengah malam ini.
Katanya, keputusan penuh bagaimanapun bergantung kepada lima bahagian yang masih bermesyuarat selepas memulakan mesyuarat masing-masing jam 8 malam ini.
"Bergantung mesyuarat akhir sedang berjalan di beberapa bahagian, kalau tinggal dua (atau) tiga bahagian dan undi mereka tak mempengaruhi keputusan majoriti, saya akan umumkan (keputusan lebih awal)," katanya.
Ab Rauf berkata selain 74 ketua bahagian yang diumum Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tengahari tadi, beberapa jawatan lain di peringkat bahagian turut menyaksikan kemenangan tanpa bertanding.
Ini termasuk 108 orang ketua wanita Bahagian, 85 ketua pemuda Bahagian dan 126 orang bagi ketua puteri Bahagian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 23 2018

Sehingga jam 9 malam, sebanyak 35 peratus undi daripada kesemua 191 bahagian telah diterima ibu pejabat. - Foto BERNAMA

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.

Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu
Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf membabitkan kos RM18.45 juta siap sepenuhnya.

Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.

Hutang berkurang, kutipan hasil meningkat bukti gerak kerja kerajaan negeri berkesan
Kejayaan mencapai sasaran dalam mengurangkan jumlah hutang dan peningkatan kutipan hasil negeri menjadi bukti kepada gerak kerja proaktif dan sistematik diamalkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beca Melaka jalani transformasi digital
Menerusi inisiatif itu, setiap beca yang berlesen akan diberi nombor dan kod QR bagi menjamin keselamatan penumpang dan pengayuh beca.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Syarikat bas henti-henti Panorama Melaka ditutup
Pengurusan sistem pengangkutan awam akan diambil alih oleh Handal Indah Sdn Bhd, dan 59 kakitangan PMSB akan diserap ke anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Kerajaan Melaka zahir simpati, dukacita terhadap keluarga mangsa
Ab Rauf menggesa jabatan dan agensi berkaitan kenderaan berat dapat memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik dan pemandu bagi mengelakkan tragedi.

Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan
Produk halal perlu dikembangkan kepada sektor pelancongan dan dimanfaatkan oleh usahawan serta syarikat yang berada dalam industri halal.