Wujud insiden kertas undi rosak di sabah, melibatkan pemilihan sayap Wanita Sepanggar.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Karambunai, Datuk Jainab Ahmad Ayid, insiden terjadi setalah pihak perwakilan gagal mengisi borang tersebut dengan tepat.
Menurut Jainab, terdapat lebih 400 perwakilan bagi sayap Wanita bahagian Sepanggar membuang undi pada proses demokarsi parti pada Sabtu.
Namun hampir 15 peratus kertas undi di bahagian terbabit rosak.
“Saya rasa mereka tidak tahu sebenarnya, tetapi kita sudah beri penerangan. Tetapi mereka masih tidak faham. Kalau waktu PRU, kita pangkah. Kami pun binggung. Kami sudah beri penerangan,” kata Jainab.
Beliau turut mempersoalkan proses demokrasi parti yang berjalan pada Sabtu di mana kertas undi yang diterima perwakilan tidak mengikut warna yang ditetapkan sebelum ini.
“Ramai yang keliru kerana warna kertas undi lebih kurang warna, walhal waktu simulasi ia mengatakan kertas undi berbeza warna. Saya pun hairan, saya berharap UMNO Malaysia mengambil tindakan,” tambah Jainab.
UMNO mempunyai mempunyai 25 bahagian di seluruh Sabah.
UMNO sebelum ini memperkenalkan kertas undi dengan warna yang berbeza antara peringkat cawangan dan bahagian.
Astro Awani
Sat Oct 12 2013

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

'Siapa bilang Sabah tak membangun?'
'Penghinaan' Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Sabah dan Sarawak dianggap sebagai satu 'sandiwara politik', kata Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Umat Islam diingatkan berhati-hati 'telekung salib' - Jainab
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan "telekung yang mempunyai corak berbentuk salib".

Dapat sijil kelahiran bukan automatik jadi warganegara - Jainab
Pemberian sijil kelahiran kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Sabah tidak bermakna seseorang itu secara automatik mendapat taraf warganegara dan menikmati keistimewaan sebagai rakyat Malaysia.

Pemilihan UMNO: Kertas undi rosak di Sabah
Wujud insiden kertas undi rosak di Sabah, melibatkan pemilihan sayap Wanita Sepanggar.