IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Lenggong selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata beliau dimaklumkan Bahagian Lenggong hanya menyaksikan pertandingan di peringkat Wanita dan Timbalan Pengerusi Tetap.
"Di Lenggong, yang saya dimaklumkan akan ada pertandingan di peringkat Wanita sahaja. Ketua Wanita ada dua calon, Naib Ketua Wanita pun ada dua calon, selepas itu jawatankuasa ada ramailah.
"Pengerusi Tetap bahagian tak bertanding, Timbalan Pengerusi Tetap bahagian ada dua calon," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Geran Penerbitan Perak Sejahtera 2030 di sini hari ini.
Saarani juga berkata UMNO Perak akan menyokong calon dari negeri itu bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.
Mereka ialah Ahli MT UMNO Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun, Ketua Pemuda UMNO Perak Datuk Mohd Ariff Abdul Majid dan Ketua UMNO Bahagian Beruas Datuk Dr Azhar Ahmad.
Di SELANGOR, bekas Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo mencabar penyandang Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos bagi merebut jawatan itu, kata Bendahari Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Kamaruzzaman Johari.
Beliau berkata bekas exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fatah Iskandar turut membuat kemunculan semula dengan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat menentang penyandangnya, Datuk Zurihan Yusop.
Kamaruzzaman juga berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja manakala Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat Datuk Johan Abd Aziz kekal menyandang jawatan itu susulan tiada pencabar.
"UMNO Selangor menyaksikan pertandingan empat penjuru di dua kawasan iaitu Kuala Selangor dan Puchong, tiga penjuru di Hulu Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam manakala 15 bahagian berdepan saingan satu lawan satu bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata tujuh individu bertanding bagi jawatan Ahli MT UMNO iaitu Tengku Zafrul, Jamal, Johan, Ketua Bahagian Hulu Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Setiausaha Wanita UMNO Datuk Rosni Sohar, Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil dan Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarikh Khan.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. - Gambar fail

Mesir janji pembinaan semula Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin
Mesir telah mengemukakan cadangan untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senegal meterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah, akhiri konflik tertua di Afrika
Casamance, yang terpisah dari utara Senegal oleh Gambia, adalah tapak satu daripada konflik tertua di Afrika yang bermula pada 1982.
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025
Penyediaan bakat, kewibawaan akademia serta pemindahan dan perkongsian ilmu antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2025. Ikuti temu bual khas bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 9 malam ini.

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih seribu gula-gula 'gummy' dirampas di Terengganu
Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata rampasan di Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu itu dilakukan berikutan kesalahan melanggar syarat pelabelan yang ditetapkan.
AWANI Tonight 24 Feb 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. EPF to announce 2024 dividend payout on March 1
2. Timor-Leste set for ASEAN membership by October
#AWANIEnglish #AWANINews
1. EPF to announce 2024 dividend payout on March 1
2. Timor-Leste set for ASEAN membership by October
#AWANIEnglish #AWANINews

UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang
Sulaiman berkata, pemilihan yang diadakan pada 27 Julai ini diharap berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.

"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.

Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.