Majoriti pemilik unit strata Pusat Beli-Belah Ampang Park mahu Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bermesyuarat dengan mereka bagi membincangkan perkembangan terkini mengenai projek MRT.
Dr Dzulkhaini Husain, seorang daripada pemilik strata Ampang Park berkata mereka perlu berbincang dengan MRT Corp mengenai perjanjian bersama bagi reka bentuk baharu stesen MRT Ampang Park untuk dikaji semula.
Beliau mengalu-alukan langkah MRT Corp memperkenalkan reka bentuk baharu bagi stesen Ampang Park yang menyaksikan pusat beli-belah itu terselamat daripada dirobohkan tetapi berkata ada aspek tertentu dalam perjanjian yang perlu dibincangkan bagi mengelakkan lagi kekeliruan.
"Satu daripada aspek yang dipersoalkan oleh kebanyakan pemilik strata ialah perlunya mendapatkan keputusan sebulat suara oleh pemilik sebelum 31 Jan, 2016 untuk membolehkan opsyen ini berkuat kuasa," kata beliau kepada Bernama.
Dr Dzulkhaini, yang menghadiri mesyuarat dengan MRT Corp dan pemilik unit strata yang lain pada Selasa (3 Nov) berkata, adalah mustahil bagi semua pemilik strata untuk membuat keputusan kerana terdapat beberapa lot milik bank dan sesetengah pemilik pula menetap di luar negara.
"Bagaimana kami hendak mendapatkan persetujuan mereka mengenai perkara ini? Kami memerlukan persetujuan 100 peratus daripada kesemua 253 pemilik unit strata bagi perjanjian bersama itu. Jika seorang pemilik tidak bersetuju, maka mereka tidak akan meneruskan perjanjian bersama tersebut," katanya.
Seorang lagi pemilik Mah Kok Leong, yang mempunyai sebuah kedai elektrik di pusat beli-belah itu sejak 1970, mempunyai pandangan yang sama dengan Dr Dzulkhaini dan berharap MRT akan mempertimbangkan keperluan itu.
Beliau juga bersetuju bahawa rancangan untuk membina stesen MRT di Ampang Park memberi manfaat kepada rakyat dan perniagaan di pusat beli-belah itu tetapi untuk mencapainya, semua pihak perlu duduk bersama dan berbincang lebih lanjut.
Semalam, Bernama melaporkan bahawa MRT Corp telah mengumumkan opsyen reka bentuk baharu bagi stesen Ampang Park untuk menyelamatkan pusat beli-belah itu daripada dirobohkan.
Bagaimanapun, dengan opsyen reka bentuk baharu, perjanjian bersama masih perlu digubal antara MRT Corp dan para pemilik unit dengan semua pemilik perlu membuat keputusan sebulat suara.
Sementara itu, naib presiden Persatuan Peniaga 1Malaysia Ampang Park, Wan Kamal Izzuddin Wan Kasim berkata semua pihak harus mengadakan satu lagi perbincangan berhubung perkara itu demi mengekalkan pusat beli-belah berusia 43 tahun itu.
Mesyuarat perlu membabitkan kesemua 253 pemilik unit strata termasuk bank selaku pemilik beberapa lot beli-belah, MRT Corp, dan juga persatuan peniaga.
"Satu-satunya cara untuk mencapai hasil ialah MRT Corp perlu bertemu sekali lagi dengan kami dan membincangkan dengan lebih lanjut. Biarlah ia berada dalam situasi menang-menang," kata beliau.
Rancangan sebelumnya oleh MRT untuk membina stesen bawah tanah di tapak pusat beli-belah itu, yang memerlukan bangunan Ampang Park dirobohkan.
Stesen MRT Ampang Park ialah stesen yang penting bagi MRT Jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Jajaran SSP) kerana ia satu-satunya stesen yang membolehkan penumpang membuat pertukaran dari Sistem MRT ke Sistem LRT Kelana Jaya.
Bernama
Sat Nov 07 2015

Pemilik Ampang Park mahu MRT Corp pertimbang semula keperluan perjanjian bersama

Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
US stock market loses $4 trillion in value as Trump plows ahead on tariffs
President Donald Trump’s tariffs have spooked investors, with fears of an economic downturn driving a stock market sell-off that has wiped out $4 trillion from the S&P 500’s peak last month, when Wall Street was cheering much of Trump's agenda.

Kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Insiden itu menyebabkan kebakaran besar dan beberapa siri letupan, memaksa anak kapal meninggalkan kapal masing-masing.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 11 Mac 2025
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ibuka rendah turun 1.69 mata kepada 1,545.58 dan bergerak antara paras 1,536.46 dan 1,550.0 sepanjang hari dagangan.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Selasa? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Selasa? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 11 Mac 2025
Mari saksikan perkembangan terkini kedudukan ringgit berbanding dolar Singapura setakat pagi ini.
Ai Revolution: Will Malaysia’s workforce sink or swim?
As AI reshapes industries, Malaysia faces the challenge of ensuring its workforce remains competitive and adaptable. While reskilling programs and certifications like those under MBOT aim to bridge skill gaps, their true impact on employability remains uncertain. With AI advancing rapidly, how can Malaysia future-proof its workforce and prevent recurring cycles of reskilling?
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 11 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Raya ini, Ampang Park dah tiada ...
TRADISI membeli-belah menjelang perayaan sebenarnya sangat sebati dalam diri warga kota malah seluruh rakyat negara ini.

MRT nafi jalankan sebarang aktiviti di Kompleks Beli-Belah Ampang Park
Walaupun MRT Corp akan mengambil kompleks beli-belah itu bagi pembinaan MRT laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), proses mengambil balik tanah masih berjalan dan belum selesai.

Alunan muzik kini hanya kenangan di Ampang Park
Alunan muzik yang merdu kini hanya menjadi kenangan bagi Love Music Center (M) Sdn Bhd yang memutuskan untuk menutup perniagaannya yang telah beroperasi selama 44 tahun.

Wisma Yakin bakal terima nasib seperti Ampang Park?
Mercu tanda perniagaan Melayu di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur itu dikatakan kini semakin lesu dan menanti rebah apabila semakin tenggelam daripada mendapat perhatian pengunjung.

AWANI Review: Ancaman boikot tidak halang McDonald's melangkah ke alaf baharu
Naib Presiden McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai berkongsi tentang restoran McDonald's baharu selepas penutupan cawangan di Ampang Park dan isu boikot restoran makanan segera tersebut.

Nostalgia Ampang Park: 'Dulu pak cik, mak cik dating kat sini' - KLMJ warga kota
Bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi menjadi satu titik pertemuan, perpisahan dan pelbagai kenangan sepanjang 44 tahun buat warga kota.

Detik-detik terakhir Ampang Park
Hasil tinjauan Astro AWANI mendapati orang ramai masih lagi berpusu-pusu serta tidak melepaskan peluang berkunjung ke pusat beli belah Ampang Park sebelum ditutup buat selamanya.

Pengunjung imbau nostalgia Ampang Park
Suasana suram menyelubungi kompleks Ampang Park di sini apabila kalangan pengunjung, termasuk pelanggan setianya yang mengambil kesempatan menjejakkan kaki buat kali terakhir bagi mengimbau nostalgia.

Ampang Park: Sudahlah kehilangan suami, kedai pula terpaksa ditutup
Jenny Lee, 45, antara pemilik strata yang terpaksa hentikan perniagaan di Ampang Park, bagi memberi laluan kepada pembangunan.

Di mana sahaja, Cozy Corner tetap seperti dahulu - Joo Tan
Selepas 39 tahun beroperasi, kedai makan, Cozy Corner yang menjadi antara mercu tanda terkenal di Ampang Park mengumumkan perpindahan mereka ke Ampang Point.