Seorang pemilik bengkel kereta maut selepas motosikal ditungganginya terbabas lalu terjunam ke dalam sungai di Kampung Selarong Panjang, Jalan Kangkong di sini pada Ahad.
Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata mangsa Abidin Ahmad, 46, ditemukan sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang menjalankan usaha mencari dan menyelamat di sungai itu kira-kira 6.30 petang.
Terdahulu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 5.26 petang.
"Sebaik tiba di lokasi, operasi dijalankan dan keadaan air juga kuat dengan kedalaman 1.5 meter, operasi pencarian dilakukan dan mangsa berjaya ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh terbabas dan telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi proses bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 16 2018

Mangsa ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh terbabas dan telah meninggal dunia. - Gambar hiasan
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Pemilik bengkel maut motosikal terjunam ke dalam sungai
Mangsa ditemukan sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang menjalankan usaha mencari dan menyelamat di sungai itu kira-kira 6.30 petang.