KUALA LUMPUR: Pemilik kelab Crackhouse Comedy Club disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaan di ibu negara susulan kontroversi persembahan komediri yang didakwa menghina agama Islam.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, Jawatankuasa Perlesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju membatalkan lesen perniagaan kelab komedi tersebut berkuat kuasa 30 Julai lalu.
"Malah, kita juga mengambil keputusan untuk menyenarai hitam pemilik kelab ini untuk mendaftarkan lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya.
"Ini bermakna pemilik kelab itu tidak boleh mendaftarkan sebarang aktiviti perniagaan di Kuala Lumpur walaupun menggunakan nama dan syarikat berlainan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai Operasi Bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama DBKL, Jabatan Imigresen Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini pada Rabu.
Jalaluddin berkata, beberapa kelab yang dikesan menjalankan aktiviti serupa di sekitar ibu negara sedang dipantau dengan rapi.
"Sebarang lesen hiburan yang kita kemuka dan keluarkan kepada setiap premis mesti mengikut peraturan ditetapkan.
"Bagi pihak yang melanggar syarat perlesenan, maka mereka tidak akan terlepas daripada tindakan tegas," katanya.
Pada 13 Julai lalu media melaporkan, premis di Taman Tun Dr Ismail itu digantung sementara operasi oleh DBKL pada 10 Julai selepas didapati tidak mempunyai permit hiburan sejak 2014 hingga 2017 dan hanya memiliki lesen restoran dan minuman.
BACA: Kelab komedi digantung sementara oleh DBKL, tiada lesen hiburan
Terdahulu, Siti Nuramira Abdullah, 26, menjadi perhatian apabila video memaparkan dirinya membuka baju kurung semasa persembahan komediri di kelab tersebut tular di media sosial.
BACA: 'Tak lawak langsung!' - Tindakan wanita 'buka baju' di pentas komedi dikecam
Dalam pada itu, salah seorang pengasas kelab tersebut, Rizal Van Geyzel menjadi tumpuan apabila video memaparkan persembahan komedinya yang berunsur jelik dan menghina kaum tular.
BACA: Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse ditahan polis
BACA: Pengasas kelab komedi mengaku tidak bersalah dakwaan hantar komunikasi jelik
Rizal Van Geyzel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan memuat naik video di tiga platform media sosial yang menyentuh isu sensitiviti perkauman pada 22 Julai lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 17 2022

Jalaluddin pada sidang media selepas mengetuai Operasi Bersepadu PDRM bersama DBKL, Jabatan Imigresen Malaysia dan AADK di Kuala Lumpur pada Rabu. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Peguam Negara tolak representasi kedua pemilik Crackhouse Comedy Club gugur 3 pertuduhan - Peguam
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu diberitahu Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi kedua pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel.

Pemilik Crackhouse Comedy Club fail representasi kedua
Sekiranya Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi itu, Hakim N Priscilla menetapkan perbicaraan kes berkenaan diteruskan pada 1 dan 2 Jun.

Mahkamah dengar permohonan semakan kehakiman pemilik kelab komedi 23 Mei
Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Mei depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman Crackhouse Comedy Club bagi mencabar tindakan DBKL.

Pemilik Crackhouse Comedy Club disenarai hitam seumur hidup
Beberapa kelab yang dikesan menjalankan aktiviti serupa di sekitar ibu negara sedang dipantau dengan rapi.

Desak operasi Crackhouse Comedy Club ditutup terus
Aminuddin Yahaya berkata, lebih 30,000 sokongan diperoleh menerusi petisyen mendesak penutupan sepenuhnya kelab berkenaan.

Muat naik hantaran jelik, teman lelaki wanita hina Islam mengaku tidak bersalah
V Alexander Navin didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.