KUALA LUMPUR: Dua pemilik kelab komedi Crackhouse hari ini menarik balik permohonan mereka bagi mencabar tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang membatalkan lesen perniagaan kelab komedi itu dan tidak membenarkan mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di ibu kota buat selama-lamanya.
Peguam M. Pravin yang mewakili Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh bahawa pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan permohonan semakan kehakiman itu kerana DBKL hanya membatalkan lesen kelab komedi berkenaan bukan menyenaraihitamkan kedua-dua pemohon daripada mendaftarkan perniagaan mereka di Kuala Lumpur.
"Pihak DBKL dalam afidavit jawapan mengesahkan bahawa mereka (Mohamad Rizal, Shankar) tidak pernah disenarai hitam daripada mendaftarkan perniagaan mereka di Kuala Lumpur dan oleh itu, kedua-dua pemohon boleh mendaftarkan perniagaan mereka.
"Justeru, pihak kami menarik balik permohonan semakan kehakiman ini tanpa sebarang kos," katanya pada prosiding hari ini yang ditetapkan untuk pendengaran permohonan semakan kehakiman yang turut dihadiri peguam Khalisa Badrul Amini yang mewakili DBKL dan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah selaku responden.
Hakim Amarjeet membenarkan Mohamad Rizal dan Shankar untuk menarik balik permohonan semakan kehakiman tanpa sebarang kos.
Pada 23 Mei lalu, kedua-dua pemohon memperoleh kebenaran daripada mahkamah untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.
Kedua-dua pemilik kelab itu, memfailkan permohonan tersebut pada 24 Nov tahun lepas antaranya memohon deklarasi bahawa keputusan membatalkan lesen perniagaan kelab komedi itu dan melarang mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya adalah tidak berperlembagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023

Pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel (foto) dan Shankar R Santhiram, menarik balik permohonan mereka bagi mencabar tindakan DBKL yang membatalkan lesen perniagaan kelab komedi itu. -Gambar fail/Bernama

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.

Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.

Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.