BUKIT MERTAJAM: Kegiatan memproses samsu tiruan disebuah bilik stor sebuah kediaman terbongkar selepas Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menyerbu sebuah kedai runcit dalam 'Op Methanol' di Taman Pulasan, Bukit Minyak, Bukit Mertajam pada Khamis.
Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata serbuan jam 8 malam itu mendapati kedai runcit berkenaan menjual arak tiruan kepada warga asing di kawasan Seberang Perai Tengah (SPT).
Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati pemilik premis memproses bahan terlarang berkenaan di sebuah bilik stor di rumah flat berdekatan dengan kedai runcit terbabit.
Menurut Mohd Wazir, serbuan dilakukan hasil risikan awal pihaknya selama sebulan selepas mendapat aduan mengenai kegiatan menjual arak tiruan khususnya kepada warga asing di kawasan tersebut.
Beliau berkata, serbuan juga dilakukan selepas terdapat laporan melibatkan keracunan dan kematian dalam kalangan warga asing selepas minum arak tiruan berkenaan.
"Pemeriksaan kita menjumpai satu bilik stor kecil yang digunakan untuk proses tuak tersebut, dengan pemeriksaan kita dapat tafsirkan premis jualan dan kediaman adalah mempunyai kronologi sama iaitu diuruskan oleh isteri kepada tuan premis tersebut.
"Kita buat rampasan sebuah botol 5 liter dan ambil sample metanol bagi menentukan sama ada ia mengandungi mentanol serta minuman ini sebabkan keracunan dalam kalangan warga asing atau tidak," katanya.
Mohd Wazir berkata, semasa pemeriksaan terdapat seorang wanita warga asing dipercayai isteri pemilik premis berkenaan dan dia enggan memberi kerjasama serta mengaku tidak menjual mahupun memproses bahan terlarang tersebut.
Bagaimanapun pemeriksaan lanjut menemui tempat memproses bahan tersebut di bilik stor di rumah berdekatan dengan kedai runcit tersebut.
"Seperti kita lihat dia pada awalnya tidak beri kerjasama. Pemeriksaan mendapati sebuah bilik untuk proses samsu tersebut," katanya lagi.
Susulan itu, pihaknya merampas sebotol cecair disyaki samsu yang mengandungi metanol dan bahan itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut.
Mohd Wazir berkata, berikutan kesalahan tersebut, pihaknya telah mengeluarkan dua kompaun berjumlah lebih RM6,000 atas dua kesalahan iaitu menjual tanpa label dan memproses minuman keras tanpa kebenaran.
Dalam pada itu, Mohd Wazir berkata, semasa serbuan terdapat tiga kanak-kanak berada di rumah terbabit.
Berikutan itu pihaknya akan merujuk perkara tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
Ia kerana mereka tidak sepatutnya membesar dalam kediaman berkenaan memandangkan persekitaran kurang baik.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Oct 29 2021

Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati pemilik premis memproses bahan terlarang berkenaan di sebuah bilik stor di rumah flat berdekatan dengan kedai runcit terbabit. - Astro AWANI

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

Pemilik kedai runcit dikompaun RM6,000 jual, proses arak tiruan
Pemeriksaan lanjut menemui tempat memproses bahan tersebut di bilik stor di rumah berdekatan dengan kedai runcit tersebut.