KUALA LUMPUR: Pemilik kelab komedi Crackhouse Mohamad Rizal Johan Van Geyzel didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum melalui aplikasi Facebook, tahun lepas.
Hakim N. Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Rizal, 40, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nurul'Ain Abu Bakar memaklumkan kepada mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi ketiga yang difailkan Mohamad Rizal pada 7 Jun lepas.
"Hari ini ditetapkan untuk sebutan bagi keputusan representasi dan pihak pendakwaan bersetuju menerima representasi untuk OKS mengaku bersalah bagi pertuduhan pertama dihadapinya.
"Bagaimanapun, dua lagi pertuduhan dihadapi Mohamad Rizal sebelum ini dipertimbangkan sebagai take into consideration (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah," kata Nurul'Ain.
Mohamad Rizal, berkemeja putih kemudian menukar pengakuan kepada bersalah bagi pertuduhan pertama dihadapinya dan mahkamah turut memerintahkan dia dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda. OKS membayar denda berkenaan.
Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Rizal didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil 'Rizal van Geyzel' pada 4 Julai 2022.
Hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Menara KPJ di sini, pada 1.17 tengah hari, 13 Julai tahun lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.
Dia juga berdepan dua lagi pertuduhan membabitkan penghantaran komunikasi jelik di laman media sosial iaitu Instagram "rizalvangeyzel" dan TikTok "rizalvangeyzel" pada 5 dan 6 Julai 2022 dan hantaran itu dibaca pada tempat, masa dan tarikh sama, mengikut seksyen serupa.
Terdahulu, TPR Noor Haslinda Che Seman memohon hukuman denda berat dan bersifat literal, mengambil kira kesalahan dilakukan OKS adalah serius sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat yang mengganggu keharmonian negara.
"Pengakuan salah OKS bukan bersifat automatik untuk dia mendapatkan hukuman rendah kerana hukuman yang dijatuhi mahkamah ini akan memberi pengajaran bukan sahaja kepada OKS tetapi kepada masyarakat umum supaya tidak melakukan kesalahan sama," katanya.
Peguam M. Pravin yang mewakili Mohamad Rizal pula memohon hukuman denda yang rendah atas alasan anak guamnya menanggung tiga anak termasuk seorang anak kurang upaya (OKU).
"OKS mempunyai bapa berusia 74 tahun menghidap penyakit jantung kronik selain perlu menanggung kos rawatan bapanya. Selepas kejadian ini, OKS telah hilang sumber pendapatan utamanya sebagai stand up comedy (komediri) kerana banyak penganjur telah membatalkan penglibatan OKS dalam program mereka.
"OKS kini telah bercerai dengan isterinya dan menjaga tiga anak masing-masing berusia lingkungan tiga tahun hingga 11 tahun. Dia telah menyesal dan bertaubat dengan kesalahan yang dilakukannya selain tiada niat menyakitkan hati orang lain," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023

Mohamad Rizal menukar pengakuan kepada bersalah bagi pertuduhan pertama dihadapinya. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemilik kelab komedi Crackhouse didenda RM8,000 buat hantaran video sentuh sensitiviti kaum
Pemilik kelab komedi Crackhouse Mohamad Rizal Johan Van Geyzel didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum.

Wanita tanggal baju kurung, tudung di kelab komedi didenda RM8,000
Seorang wanita yang menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika komediri di sebuah kelab komedi, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.

Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut
Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam di Mahkamah Sesyen ditangguhkan hingga esok kerana wanita itu cuti sakit.

Mahkamah dengar permohonan semakan kehakiman pemilik kelab komedi 23 Mei
Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Mei depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman Crackhouse Comedy Club bagi mencabar tindakan DBKL.

Pengasas kelab komedi mengaku tidak bersalah dakwaan hantar komunikasi jelik
Tertuduh, Rizal Van Gezyel, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Abdul Razak.

Pemilik kelab komedi dituduh di mahkamah hari ini
Pertuduhan akan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di Mahkamah Sesyen Jenayah (Mahkamah Siber Kuala Lumpur).

Pemilik kelab komedi dakwa diugut
Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang pemilik kelab komedi yang mendakwa keluarganya menerima ugutan bunuh.

Polis buru dua lelaki simbah cat di Crackhouse Comedy Club
Sebahagian cat yang dibaling oleh lelaki berkenaan turut terkena pintu utama sebuah bank tempatan berhampiran.

Jawi tahan Siti Nuramira, didakwa esok di Mahkamah Tinggi Syariah
Siti Nuramira Abdullah, 26, ditahan penguat kuasa Jawi selepas menandatangani Borang Jamin ditemani peguamnya, Ramesh Chandran.

Kes hina Islam: Siti Nuramira, kekasih bayar ikat jamin RM40,000 - Peguam
Jumlah ikat jamin itu merupakan kutipan sumbangan orang ramai menerusi akaun bank pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia, 'Lawyers for Liberty' (LFL).