KUALA LUMPUR: Pemilik kereta perlu belajar untuk menyenggara dan menjaga kenderaan mereka dengan baik serta mendapatkan maklumat daripada pengedar rasmi bagi memastikan harga jualan semula yang sewajarnya bagi kereta mereka.
Pengurus Negara Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) Dillion Goh berkata, banyak pemilik kereta mengabaikan penggunaan alat-alat ganti dan penyenggaraan automotif yang baik dan bereputasi dan hanya mengetahui kemudiannya bahawa ini boleh menurunkan nilai kereta mereka.
"Dengan ekonomi mula pulih semula bermula pada suku pertama 2022, kita bakal melihat lebih banyak pelancaran model kenderaan baharu oleh banyak jenama automotif. Ini bermakna akan lebih banyak kenderaan terpakai akan dijual kepada pasaran kereta terpakai," katanya pada taklimat media secara dalam talian bertajuk "The Importance of Good Car Care and Maintenance with Bosch AA Malaysia for a Better Resale Value" hari ini.
Goh berkata kenderaan yang mempunyai rekod penyenggaraan yang baik dan menggunakan alat-alat ganti daripada jenama bereputasi seperti Bosch mempunyai nilai jualan semula yang lebih baik dalam industri kenderaan terpakai.
"Bosch AA menyasar untuk mendidik pemilik kereta baharu dan kereta terpakai tentang bagaimana untuk menyenggara dan memastikan jangka hayat kenderaan mereka sambil menyokong kepentingan menggunakan alat-alat ganti kereta automotif yang berkualiti tinggi dan bereputasi," katanya.
Pada suku akhir 2021, industri kereta terpakai mula melihat peningkatan jualan kereta terpakai tetapi banyak kenderaan tidak mendapat penilaian yang baik disebabkan oleh banyak faktor termasuk penyenggaraan dan penjagaan kereta yang kurang baik, katanya.
Selain itu, kebanyakan mereka yang mahu menaik taraf kereta dan pemilik kereta kali pertama memilih untuk membeli daripada pasaran kereta terpakai yang menyaksikan lebih 400,000 kereta terpakai dijual di Malaysia pada 2021.
Taklimat maya Bosch AA itu disertai oleh ahli panel daripada Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) dan rakan teknologinya, ezAuto.my.
Presiden FMCCAM Datuk Tony Khor Chong Boon menyatakan bahawa ramai rakyat Malaysia telah menerima kaedah dalam talian untuk membeli dan menjual kenderaan terpakai dan bukan membelinya daripada pengedar kereta terpakai.
"Sebenarnya, sama ada dalam talian atau luar talian, pelanggan tidak terlepas daripada berdepan dengan tawaran palsu atau pembelian yang tidak jujur. Walaupun pihak kami kekal komited untuk mempromosikan dan melindungi kepentingan semua ahli kami dalam industri, termasuk pengguna dan peniaga, kami bersyukur dapat bekerjasama dengan Bosch dan ezAuto.my untuk menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia dan membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat berdasarkan atas keperluan mereka.
"Tidak ada kereta yang berkeadaan sempurna dan kami sentiasa menyarankan pembeli untuk menyelidik dan memeriksa kereta sebelum melakukan sebarang pembelian," nasihat beliau.
Ketua Pegawai Eksekutif ezAuto.my Charlene Chong Chia Li berkata, selalunya, terdapat cara yang mudah tetapi penting bagi pengguna untuk melindungi diri mereka daripada terbeli kereta terpakai dengan alat ganti yang berkualiti rendah, biasanya diambil daripada kereta yang dipanggil balik atau dihasilkan semula oleh sindiket.
"Matlamat kami untuk menginspirasikan tahap kepercayaan yang lebih tinggi daripada pengguna dengan menjadi sebuah syarikat yang telus dan terbuka adalah salah satu yang telah kami usahakan sejak sekian lama. Kami mahu terus mencipta pengalaman yang dipercayai secara menyeluruh apabila membabitkan pembelian kereta terpakai," katanya.
"Itulah sebabnya kami mengadakan pemeriksaan 132-mata ke atas semua kereta yang dihantar kepada kami sebelum ia dijual. Pemeriksaan ini boleh menentukan nilai kereta berdasarkan sebarang pengubahsuaian yang dilakukan atau pun ada rekod penyelenggaraan yang buruk," katanya.
Mengulas penggunaan pendigitalan dalam menyatukan pasaran kereta terpakai yang berselerak, ezAuto.my menyatakan kekurangan sistem atau penyeragaman dalam hal membeli atau menjual kereta, menyebabkan pengguna melakukan sebahagian besar pembelian secara sendiri.
Justeru bagi menanganinya, Bosch AA menyatakan terdapat pelbagai jenis cabaran penyenggaraan dan langkah Do-It-Yourself (lakukan sendiri) yang boleh dilakukan oleh pengguna bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan atau tawaran yang tidak masuk akal, termasuk menyemak cetakan halus pada jaminan, serta melakukan pemeriksaan kereta yang cepat dan mudah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022
![Pemilik kereta perlu belajar selenggara kenderaan dengan baik untuk dapatkan nilai jualan semula tinggi Pemilik kereta perlu belajar selenggara kenderaan dengan baik untuk dapatkan nilai jualan semula tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649325237_parkir.jpg)
Banyak pemilik kereta mengabaikan penggunaan alat-alat ganti dan penyenggaraan automotif yang baik dan bereputasi. - Gambar hiasan
![Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739068687_tbatletMuayThaiP.jpg)
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
![Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739069570_tbhimpunanmogoklap.jpg)
Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
![Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739067935_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
![Penyewa didakwa curi kereta, sebabkan lelaki berpaut pada bonet tercampak Penyewa didakwa curi kereta, sebabkan lelaki berpaut pada bonet tercampak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730455343_TBmahkamah.jpg)
Penyewa didakwa curi kereta, sebabkan lelaki berpaut pada bonet tercampak
Seorang lelaki didakwa mencuri kereta dan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan lelaki yang berpaut pada kereta itu tercampak dan cedera parah.
![Pemilik kereta perlu belajar selenggara kenderaan dengan baik untuk dapatkan nilai jualan semula tinggi Pemilik kereta perlu belajar selenggara kenderaan dengan baik untuk dapatkan nilai jualan semula tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649325237_parkir.jpg)
Pemilik kereta perlu belajar selenggara kenderaan dengan baik untuk dapatkan nilai jualan semula tinggi
Banyak pemilik kereta mengabaikan penggunaan alat-alat ganti dan penyenggaraan automotif yang baik dan bereputasi.