KUALA LUMPUR: Pemilik premis, terutama di tempat berisiko tinggi seperti restoran disaran menyemak status risiko COVID-19 pengunjung menerusi aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata tindakan itu bagi memastikan individu dengan status 'High Risk' (Risiko Tinggi) pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif COVID-19 dan individu yang diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO), tidak dibenarkan masuk ke premis tersebut.
Menurut Khairy, jika status pengunjung didapati berisiko tinggi, tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana gagal mematuhi peraturan ditetapkan selain mendatangkan risiko kepada orang ramai.
"Seperti di pusat beli-belah yang mempunyai banyak pintu...tidak perlu (semak status pengunjung di setiap pintu) tetapi kita sarankan pemilik premis ataupun pasukan penguat kuasa melakukan semakan status risiko pengunjung secara rawak.
"Saya minta kepada orang ramai, apabila pemilik premis minta untuk menyemak profil mereka, bagilah kerjasama kepada pemilik premis, jangan tidak mahu tunjuk. Ini untuk keselamatan semua orang, kita dalam proses peralihan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Clinical Research Malaysia (CRM) dan Inisiatif bagi Ubat Untuk Penyakit yang Diabaikan (DNDi) di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim dan Pengarah Pejabat Asia Tenggara DNDi Jean-Michel Piedagnel.
Mengenai majlis itu, Khairy berkata Kementerian Kesihatan (KKM) berhasrat untuk meneruskan usaha dalam memantapkan persediaan terhadap wabak denggi serta menyingkirkan penyakit endemik itu menjelang 2030.
"Saya harap lebih banyak usaha dan sokongan dapat diberi kepada penyakit yang diabaikan terutama penyakit tropika seperti denggi memandangkan penyakit itu tidak mendapat tumpuan sewajarnya kerana tidak berlaku di negara kaya, tetapi di negara seperti Asia Tenggara, Afrika dan lain-lain.
"KKM berminat untuk meneruskan perkongsian sedia ada dengan DNDi yang telah menerajui teladan dalam mewujudkan rawatan Hepatitis C yang selamat, berpatutan dan berkesan, yang diperoleh melalui usaha kerjasama antara negara membangun, termasuk Malaysia," katanya.
Sementara itu, dalam majlis lain, Khairy turut menyaksikan penyerahan dan pengagihan 400 pek juadah berbuka puasa daripada Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) Datuk Zulkarnain Md Eusope kepada Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datin Paduka Dr Rohana Johan di HKL.
Turut hadir menerima pek juadah berkenaan ialah kakitangan Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL.
Penyerahan juadah itu sebagai penghargaan Pharmaniaga kepada kakitangan beberapa hospital awam dan ibu pejabat polis daerah di Lembah Klang menerusi Program Hero Ramadan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (dua, kiri) mencuba fasiliti mesin layan diri yang disediakan Pharmaniaga di kawasan Hospital Kuala Lumpur selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Hero Ramadan di HKL hari ini. - Foto BERNAMA
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam
Sebanyak 460 premis perniagaan di negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), termasuk 50 yang dimiliki bukan Islam.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
Imigresen Johor tahan 86 warga asing atas pelbagai kesalahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 86 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam operasi berasingan di sekitar daerah Mersing, Batu Pahat dan Johor Bahru pada Isnin hingga Rabu lepas.
Letupan, percikan bunga api kebakaran kilang mungkin berpunca daripada bateri - Bomba
Bunyi letupan kuat dan berterusan dalam kejadian kebakaran sebuah kilang di Bukit Selambau dekat sini malam tadi, dipercayai berpunca daripada bateri yang disimpan di dalam premis terbabit.
Stor simpan diesel bersubsidi diserbu kali kedua
Sebuah stor yang dijadikan tempat menyimpan diesel bersubsidi di Tanjung Putus Permatang Pauh diserbu sekali lagi oleh KPDN Pulau Pinang, 10.30 pagi tadi.
Pemilik premis di Johor dibenar tentukan pemakaian pelitup muka - Exco
Pemilik premis dalam bangunan di negeri ini dibenarkan untuk menentukan protokol pemakaian pelitup muka di premis mereka.
Pemilik premis disaran semak status risiko COVID-19 pengunjung
Pemilik premis, terutama di tempat berisiko tinggi seperti restoran disaran menyemak status risiko COVID-19 pengunjung menerusi aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Bazar Ramadan: Catat butiran penghantar, elak isu keracunan
Peniaga atau pemilik premis perlu mencatatkan nama, alamat dan nombor telefon pembekal yang menghantar makanan.
Patuh SOP, elak kelonggaran beroperasi ditarik semula - Bukit Aman
Pemilik premis perniagaan dinasihat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan bagi mengelak kelonggaran beroperasi ditarik balik.
Pemilik yang sewa premis kepada sindiket jual barang tiruan berdepan tindakan AMLA
Pemilik premis yang didapati menyewa premis mereka kepada sindiket penjualan barangan tiruan akan didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram.