KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik syarikat dan pekerjanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 (Penjana) berjumlah RM126,100, dua tahun lepas.
Pemilik syarikat, Arrie Syahiman Mohd Zain, 33 dan pekerjanya Nurul Azwani Mohd Razali, 37, masing-masing menghadapi tiga pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Mereka dituduh memberi Borang Pengesahan Pekerja di bawah program itu yang mengandungi butiran palsu kepada seorang pegawai Perkeso bagi menuntut insentif keseluruhan berjumlah RM126,100 di pejabat Perkeso di Kuala Terengganu pada Jun dan Julai 2021.
Kesalahan tersebut boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai butiran palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana nilai lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mereka juga mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pilihan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Hakim Norashima Khalid membenarkan mereka diikat jamin RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Nov ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mariah Omar, manakala Nurul Azwani diwakili peguam Mohd Hayyatudin Muhammad, sementara Arrie Syahiman tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023

Hakim membenarkan mereka diikat jamin RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Nov ini untuk sebutan semula kes. - Foto Bernama
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.

Penolong Pegawai Veterinar Terengganu didenda RM5,000 kemuka dokumen palsu
Seorang penolong pegawai veterinar Terengganu didenda RM5,000 kerana mengemukakan dokumen palsu melibatkan kerja-kerja selenggara dan alat ganti kenderaan.

Guru besar, kontraktor didakwa tuntut bayaran guna dokumen palsu
Seorang guru besar di Pitas berhadapan lapan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan bersubahat dengan kontraktor bagi tuntutan bayaran.

Pemilik syarikat didenda RM14,000 kemuka dokumen palsu tuntut insentif Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat didenda RM14,000 kerana mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 (Penjana).

SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu
SPRM Melaka menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkaitan anak syarikat kerajaan negeri Melaka hari ini bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu pelupusan kenderaan.

Pemilik syarikat, pekerja didakwa kemuka dokumen palsu tuntut insentif Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Perkeso bagi menuntut insentif Penjana Kerjaya.

Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu, tipu tuntut insentif lebih RM170,000
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan.

Kemuka dokumen palsu, tiga pemilik syarikat didenda RM50,000
Ia selepas mereka mengaku bersalah mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender daripada sebuah syarikat pembersihan, tiga tahun lalu.

Kemuka tuntutan palsu berkaitan kontrak iklan, dua pengurus syarikat direman
Dua pengurus syarikat direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berkaitan kontrak promosi pengiklanan kelolaan sebuah agensi kerajaan.