KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik syarikat dan pekerjanya masing-masing didenda RM50,000 dan RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 (Penjana) tiga tahun lepas.
Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan denda itu terhadap pemilik syarikat, Arrie Syahiman Mohd Zain, 34, dan pekerjanya Nurul Azwani Mohd Razali, 38, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan terhadap mereka.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara enam bulan serta tiga bulan sekiranya kedua-dua tertuduh gagal membayar jumlah denda tersebut.
Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh secara bersama dengan curangnya telah menggunakan sebagai tulen suatu dokumen iaitu Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja kepada Perkeso Terengganu bagi menuntut insentif berjumlah RM5,300 di bawah program itu yang mana mereka mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Perkeso Terengganu pada 5 Julai 2021.
Justeru, tertuduh tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama dengan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mariah Omar dan Pegawai Pendakwa, Nur Raihan Mohd Yusof.
Arrie Syahiman diwakil peguam Mohd Fauzi Razali manakala Nurul Azwani diwakili Hayat Muhamad.
Sementara itu, Mohd Fauzi merayu denda yang rendah dengan alasan Arrie Syahiman mempunyai tanggungan keluarga selain menyesali atas kesalahan pertama dilakukan.
"Tertuduh merupakan penanggung utama keluarga. Dia mempunyai isteri tidak bekerja selain bapanya sudah meninggal dunia dan kini ibunya tinggal bersama dengannya.
"Ibu tertuduh mempunyai penyakit lemah jantung dan segala penjagaan dan rawatan ditanggung tertuduh. Tertuduh juga sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesilapan yang sama," ujarnya.
Selain itu, Hayat juga merayu denda yang rendah dengan alasan Nurul Azwani merupakan ibu kepada empat anak yang masih kecil selain ia tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan jenayah sebelum ini.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mariah Omar, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira ia melibatkan penyalahgunaan dana awam yang diperuntukkan kepada orang yang layak.
Dalam penghakiman, Mohd Azhar berkata mahkamah berharap hukuman diberikan memberi pengajaran dan kebaikan kepada tertuduh dan masyarakat.
Mohd Azhar menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM50,000 kepada Arrie Syahiman atau hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda tersebut manakala Nurul Azwani didenda RM30,000 atau hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
Mohd Azhar turut mengarahkan baki wang sebanyak RM30,949.94 di dalam akaun bank CIMB Islamic milik syarikat Nur Ilahi Skills Resources beserta dua unit komputer yang dibeli menggunakan duit hasil tuntutan insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia di bawah Seksyen 40 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.
Kedua-dua tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bernilai keseluruhan RM126,100.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mariah Omar memohon mahkamah menggugurkan tiga pertuduhan tersebut selepas kedua-dua tertuduh membuat pengakuan bersalah atas tuduhan pilihan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 18 2024
![Pemilik syarikat, pekerja mengaku salah kemuka tuntutan palsu Penjana Pemilik syarikat, pekerja mengaku salah kemuka tuntutan palsu Penjana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708243897_tuntutanpalsupenja.jpg)
Arrie Syahiman (kanan) dan Nurul Azwani (kiri) ketika di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Pemilik syarikat, pekerja mengaku salah kemuka tuntutan palsu Penjana Pemilik syarikat, pekerja mengaku salah kemuka tuntutan palsu Penjana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708243897_tuntutanpalsupenja.jpg)
Pemilik syarikat, pekerja mengaku salah kemuka tuntutan palsu Penjana
Seorang pemilik syarikat dan pekerjanya didenda atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Perkeso bagi menuntut insentif Penjana.