KUALA LUMPUR: Seorang pemilik syarikat pengimport beras dan rempah ratus mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek membekalkan produk beras kepada Kedah Agro Holding Bhd berjumlah RM22.7 juta, enam tahun lepas.
C.Kuganeswaran, 37, pemilik syarikat Prolink Marketing Sdn Bhd, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob di sebuah hospital swasta di Klang di mana dia menerima rawatan.
Dia didakwa memberikan tiga set dokumen tuntutan palsu kepada seorang ejen SME Development Bank Malaysia Berhad berkaitan Kemudahan Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i/Kemudahan Pembiayaan Komoditi Murabahah Berputar-i bagi projek membekalkan produk beras itu berjumlah RM22,760,000 yang tidak dilakukan.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat SME Development Bank Malaysia Berhad di sini pada 27 Jan serta 1 dan 14 Mac 2017 mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai yang palsu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Rozina, yang menetapkan sebutan kes pada 23 Nov ini, membenarkan Kunageswaran diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat SPRM berhampiran sebulan sekali.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd 'Afif Ali manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023

Seorang pemilik syarikat pengimport beras dan rempah ratus mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek membekalkan produk beras kepada Kedah Agro Holding Bhd berjumlah RM22.7 juta. - Gambar hiasan
FIFA umum hadiah terbesar dalam sejarah piala dunia kelab
FIFA mengumumkan perincian hadiah terbesar dalam sejarah kejohanan kelab bagi edisi baharu Piala Dunia Kelab FIFA yang akan menampilkan 32 pasukan buat kali pertama.
[TERKINI] Kadar OPR kekal 3%
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia buat keputusan kekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3 peratus.
Pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan antara faktor insiden
Susulan kemalangan maut di KM204 Lebuh Raya Utara Selatan di Ayer Keroh tahun lalu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memaklumkan, antara faktor mempengaruhi insiden tersebut termasuk pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan, jalan raya dan persekitaran.

Piala AMEC: Didakwa jual perlawanan, penjaga gol Kemboja bebas tuduhan
Penjaga gol Kemboja, Vireak Dara, bebas daripada tuduhan mengatur perlawanan semasa pertembungan menentang Singapura dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, Disember lalu.

Keluarga harap Eda Ezrin dapat pulang sebelum raya
Keluarga juga akan mengadakan kenduri doa selamat sempena kepulangan dan pembebasan Eda Ezrin apabila dia pulang nanti.

76,664 permohonan SJKP diluluskan bernilai RM17.86 bilion - KPKT
Sebanyak 76,664 permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bernilai RM17.86 bilion diluluskan sejak dilaksanakan.

734 tan metrik kelapa tua dibawa masuk setakat 4 Mac - Mohamad Sabu
FAMA dan FAMACO membawa masuk 734 tan metrik bekalan kelapa tua dikupas dari Sabah dan Indonesia dengan nilai belian RM2.01 juta.
AWANI Ringkas: Sindiket e-waste: Penguat kuasa diugut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Los Angeles saman SCE susulan kebakaran di California
Kebakaran Eaton memusnahkan sekitar 9,400 bangunan dan menyebabkan kerugian dianggarkan menelan kos sekurang-kurangnya ratusan juta dolar.

KDN perkenal pas khas pelabur mulai 1 April - Saifuddin
Pas khas kepada pelabur atau kumpulan ekspatriat akan dikeluarkan mulai 1 April ini bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini untuk urusan perniagaan.

Pemilik syarikat pengimport beras didakwa kemuka tuntutan palsu RM22.7 juta
Seorang pemilik syarikat pengimport beras dan rempah ratus mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek membekalkan produk beras kepada Kedah Agro Holding Bhd.