GEORGE TOWN: Beberapa penduduk di Teluk Kumbar dekat sini mengalu-alukan orang ramai mendapatkan air telaga di kawasan rumah mereka sekiranya menghadapi gangguan bekalan air berjadual selama empat hari mulai 10 Jan ini.
Seorang penduduk Suria Nawawi, 58, berkata telaga berusia lebih 40 tahun di rumahnya tidak pernah kering serta sering menjadi tumpuan penduduk untuk mendapatkan air jika gangguan bekalan berlaku di kawasan itu.
"Nak kata bimbang tak dak air nanti (10 Jan hingga 15 Jan nanti) tu tak lah sangat sebab ada telaga di sini, ini bukan untuk kegunaan keluarga kami sahaja tapi juga penduduk kampung pun datang ambik air jika berlaku gangguan air.
"Tapi untuk air minum, saya simpan lah..sebab air telaga ni lebih kepada untuk kegunaan mandi dan tak berapa sesuai untuk masak dan minum, masa gangguan bekalan air 18 Dis lepas (paip bocor di Sungai Perai) ramai yang datang ambil air dari telaga ni.
"Sampai pukul 3 hingga 4 pagi pun ada yang datang ambil air telaga, kami memang bagi ja depa (mereka) ambil, lagipun air telaga ni memang sentiasa ada, lagi diambil ia semakin banyak..jadi nanti masa gangguan bekalan air, siapa yang nak ambil air, boleh datang sahaja sini," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengumumkan kira-kira 590,000 pengguna termasuk bukan domestik akan mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam bermula 6 pagi pada 10 Jan hingga 6 pagi 14 Jan, bagi membolehkan kerja-kerja penggantian dua unit injap di Loji Rawatan Air Sungai Dua serta kerja sampingan lain dilaksanakan di 22 lokasi.
Namun, PBAPP menjangkakan sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) akan menerima bekalan air selepas 48 jam manakala sebanyak 157 kawasan membabitkan daerah SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.
Halipah Said, 70, yang turut mempunyai telaga di kawasan rumahnya juga mengalu-alukan orang ramai datang terus ke rumahnya untuk mendapatkan bekalan air jika menghadapi masalah bekalan air nanti.
Katanya tiada sebarang bayaran dikenakan malah beliau gembira kerana telaga berusia 40 tahun milik arwah ayahnya itu dapat membantu menyumbang air kepada penduduk.
"Sebelum ini pun memang ada ja penduduk datang ambil air di telaga dan kali ni (gangguan bekalan air) mak cik jangka mungkin ramai yang datang mahu ambil air dan kami alu-alukan mereka datang ambil..ini air untuk kegunaan semua dan Allah dah berikan kepada kita untuk berkongsi.
"Air dari telaga ni jernih dan tidak berbau, tapi selalunya kami ambil untuk kegunaan mandi dan basuh pakaian, dulu-dulu sebelum ada paip air memang boleh guna untuk minum dan makan la...tapi sumber air telaga ni iaitu air mata air memang sentiasa ada," katanya.
Sementara itu, seorang pemilik kedai runcit di Seberang Jaya, Norafizah Mustafa, 41, berharap penggantian injap paip itu dapat disiapkan secepat mungkin selain bersyukur PBAPP memaklumkan mengenai kerja-kerja pembaikan itu lebih awal untuk mereka membuat persiapan.
PBAPP dilaporkan akan menggerakkan 99 lori tangki air untuk menghantar bekalan air kepada pengguna terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024
Beberapa penduduk di kawasan Teluk Kumbar mengalu-alukan orang ramai yang menghadapi masalah gangguan bekalan air nanti untuk datang mendapatkan air di telaga milik mereka. - Bernama
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.