JAKARTA: Indonesia hari ini kurang ‘tenang’ dengan dokumentari ‘Dirty Vote’ yang telah ditonton lebih 8 juta orang dalam tempoh kurang 24 jam menjelang tarikh pemilihan 14 Februari ini.
Dirty Vote sebuah dokumentari berdurasi hampir dua jam memaparkan isu kecurangan dalam sistem Pilihan Raya Indonesia (Pemilu).
Pemilu 2024 hari ini memasuki hari kedua masa tenang dengan sebarang bentuk aktiviti kempen tidak boleh dilakukan selama tiga hari sebelum pengundian pada Rabu.
Dokumentari itu melibatkan tiga ahli hukum tata negara dan pakar perlembagaan negara (Pakar undang-undang) antaranya adalah Zainal Arifin Mochtar, Bivitri Susanti, dan Feri Amsari.
Apa dipaparkan dalam dokumentari tersebut adalah bagaimana pelanggaran undang-undang terhadap pemilihan sebelum ini termasuk analisis berkaitan strategi sebaran wilayah.
Di samping itu, bukti-bukti kecurangan pada Pemilu yang melibatkan kepala daerah juga ditampilkan.
Sementara itu, bagi Pengarah Eksekutif Lingkar Madani, Ray Rangkuti berpandangan apa yang didedahkan dalam dokumentari tersebut boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat awam.
“Impaknya kepada publik bukan saja merasa terwakili, tapi sekali gus menunjukkan keresahan, kegetiran bahkan mungkin perlawanan.
“Melawan apa yang selama ini dipertontonkan dengan telanjang: keangkuhan kekuasaan, ketiadaan akhlak demokrasi dan penghormatan pada konstitusi dan aturan.
“Semua, seperti dimonopoli, ditafsirkan sendiri sesuai dengan kepentingan ingin tetap berkuasa. Satu perlawanan yang ditunjukan dengan diam menikmati tayangan,” katanya kepada Astro AWANI.
Dalam pada itu, Ketua Bawaslu Rahmat Bagja dalam responnya mengalu-alukan kritikan terhadap badan itu ketika menjalankan tugas berdasarkan peraturan dan undang-undang.
“Teman-teman jika mengkritik Bawaslu silakan saja, tidak ada masalah bagi Bawaslu selama kita melakukan tugas fungsi sesuai dengan peraturan perundangan.
"Hal-hal yang bisa menimbulkan konflik dan lain-lain, lebih baik dihindarkan kerana sekarang menjelang masa pemungutan suara,” katanya dalam satu sidang media.
Essan Yahya, Fauzi Zin
Mon Feb 12 2024
Dirty Vote sebuah dokumentari berdurasi hampir dua jam memaparkan isu kecurangan dalam sistem Pilihan Raya Indonesia (Pemilu). - Foto dokumentari Dirty Vote
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemilu 2024: Prabowo kukuh sebagai pendahulu dalam tinjauan pilihan raya
Prabowo Subianto melebarkan kedudukannya ke atas dua lagi pesaingnya dalam tinjauan simulasi terbaharu.
Debat calon naib presiden, Polis Jakarta kerah 2,000 anggota
Polis Metropolitan Jakarta mengerahkan kira-kira 2,000 anggota untuk memastikan keselamatan ketika berlangsungnya debat calon naib presiden menjelang Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024.
Pemilu 2024: Megawati ancam pecat anggota buat gerakan politik
Megawati Soekarnoputri meminta semua barisan partinya tidak melakukan muslihat politik untuk pemilihan presiden 2024.