KUALA LUMPUR: Pemilihan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sebagai lokasi utama undi awal bagi Pilihan Raya Umum (Pemilu) dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia 2024 disifatkan sebagai hari paling bersejarah sejak penubuhannya kira-kira 43 tahun lalu.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, ia penganjuran terbesar selepas WTCKL dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega COVID-19 sebelum ini.
“Pemilihan kami sebagai lokasi bagi peristiwa bersejarah Indonesia ini menggambarkan keterbukaan dam kesiapsiagaan kami sebagai lokasi penganjuran acara penting bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses undi awal Pemilu dan Pilpres 2024 di sini pada Ahad.
Tambah Irmohizam, bagi kelancaran proses pengundian itu, pihaknya sudah membuat persiapan sejak seminggu lalu selepas bermesyuarat dengan pihak kedutaan hampir dua bulan.
Ujar beliau, seramai 300 petugas ditempatkan selain turut dibantu pelbagai agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Saya juga ingin memberi jaminan keamanan, keselamatan dan kelancaran bagi setiap pengundi yang menunaikan tanggungjawab hari ini.
“Malah, pihak kami juga turut mementingkan aspek lain termasuk sistem pengudaraan,” katanya.
Seramai 222,945 pemilih yang layak akan menjalankan tanggungjawab di WTCKL bagi proses undi awal.
Selain itu, lima lagi lokasi untuk mengundi ialah di Johor Bahru dengan 2,684 pemilih, Pulau Pinang (5,375), Kota Kinabalu (2,811), Tawau (20,247) serta Kuching (2,988).
Kira-kira 204 juta rakyat Indonesia akan meraikan pesta demokrasi dalam Pemilu dan Pilpres pada 14 Februari ini untuk memilih presiden, naib presiden, ahli Perhimpunan Perundingan Rakyat dan wakil untuk badan perundangan tempatan.
Indonesia memulakan kempen pilihan presiden 2024 pada November tahun lalu yang menyaksikan tiga calon bersaing untuk pemilihan pemimpin pada 14 Februari ini.
Persaingan itu melibatkan bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto, bekas gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dan bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan.
Hasimi Muhamad
Sun Feb 11 2024

Seramai 300 petugas ditempatkan hari ini selain turut dibantu pelbagai agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Foto Astro AWANI
[TERKINI] KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid.

Ramsay dedah ratusan patung 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharu
Gordon Ramsay mendedahkan ratusan patung kecil 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharunya di London.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

NASA kurangkan risiko impak asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Pasukan pertahanan planet NASA akan terus memantau asteroid itu untuk meningkatkan ramalan trajektori asteroid.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan. #AWANInews
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas. #AWANInews

TUDM terima pesawat tanpa pemandu dari Turkiye tahun ini
TUDM dijangka mula menerima sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance-Unmanned Aerial System (MALE-UAS) "ANKA" buatan Turkiye yang diperoleh pada Mei 2023, dalam tahun ini.
Terminal 3 hanya dibina jika kapasiti penumpang penuh
Pembangunan Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya akan dipertimbang apabila Terminal 2 mencapai kapasiti maksimum pengendalian penumpang.

Kilang karpet terbakar: JAS pasang alat ukur kualiti udara di Nilai 3
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan sekitar berikutan kejadian kebakaran di Nilai 3 di sini pagi tadi.

Pemilu 2024: Hari bersejarah buat WTCKL - Irmohizam
Pemilihan WTCKL sebagai lokasi undi awal bagi Pemilu dan Pilpres Indonesia disifatkan sebagai hari paling bersejarah sejak penubuhannya.

Pelanggan positif COVID-19, WTCKL ditutup sementara waktu
WTCKL dalam satu kenyataan memaklumkan, pelanggan berkenaan kini sedang menerima rawatan selanjutnya.

WTCKL sambut baik kebenaran beroperasi semula, sedia praktik normal baharu
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menyambut baik kebenaran beroperasi semula oleh pihak kerajaan bagi sektor pelancongan dan pengedalian majlis sosial.