Penjenayah Filipina iaitu Sub-Komander Abu Sayyaf, Idang Susukan yang bertanggungjawab memenggal kepala rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen pada November 2015, ditahan polis Filipina semalam.
Idang atau nama sebenarnya Abduljihad Susukan ditahan pada 8.30 malam, di rumah pemimpin Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF), Nur Misuari di Davao City.
Idang antara 21 warga Filipina disenaraikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sebagai penjenayah dikehendaki di Malaysia berhubung kes-kes penculikan untuk wang tebusan (KFR) di pantai timur Sabah.
Penculikan Bernard Then dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan pada Mei 2015 sehingga mangsa dipenggal kepala antara kejadian yang didalangi Idang.
BACA: Mayat tanpa kepala di Jolo milik Bernard Then - Khalid
BACA: Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Bernard Then - Najib
Komander ESSCom, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan pemimpin Abu Sayyaf itu.
Hazani berkata, ketika ini pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat penuh penglibatan suspek dalam kejadian KFR di pantai timur Sabah, sekali gus melengkapkan kertas siasatan.
Ditanya jika suspek akan diekstradisi ke Sabah bagi tujuan siasatan, beliau berkata, ketika ini suspek memiliki 34 waran tangkap di Filipina ekoran terlibat dengan 23 kes bunuh dan lima kes culik.
"Susah mahu bawa balik, tapi kita akan cuba," katanya.
Difahamkan, Idang menjadi dalang untuk penculikan Gao Huayun (China) dan Marcy Darawan (Filipina) di Singamata Reef Resort, Semporna pada April 2014; Yang Zai Lin (China) di Lahad Datu pada Mei 2014; Chan Sai Chun (Malaysia) di Kampung Sapang, Kunak pada Jun 2014.
Idang juga banyak terlibat dalam rundingan bagi pembebasan mangsa culik di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) selama ini.
- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 14 2020

Sub-Komander Abu Sayyaf, Idang Susukan bertanggungjawab memenggal kepala rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen pada November 2015.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemimpin Abu Sayyaf penggal kepala rakyat Malaysia ditahan
Penjenayah Filipina iaitu Sub-Komander Abu Sayyaf, Idang Susukan yang bertanggungjawab memenggal kepala rakyat Malaysia Bernard Then Ted Fen ditahan polis Filipina semalam.