SHAH ALAM: Ahli Parlimen Subang, Wong Chen telah dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutif Malaysia Debt Ventures (MDV).
MDV dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan Ahli Parlimen PKR itu berkuat kuasa semalam (23 Mei).
"Memandangkan pengalaman dan kepakaran luas Wong Chen, MDV yakin di bawah kepimpinannya, MDV akan terus memajukan syarikat teknologi dan syarikat baharu Malaysia untuk manfaat negara," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Difahamkan Wong Chen menggantikan Khairul Azwan Harun, yang tempoh perkhidmatannya berakhir pada 31 Disember 2022.
MDV adalah anak syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MOF (Inc)] dan sebuah agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Ditubuhkan pada 2002, syarikat itu menyediakan kemudahan pembiayaan yang fleksibel dan inovatif untuk membangunkan sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang telah dikenal pasti dan diberi keutamaan oleh kerajaan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan negara.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin pula dilantik sebagai pengerusi Technology Depository Agency (TDA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.
"Pelantikan Ahli Parlimen PKR itu berkuat kuasa 15 Mei.
“Semoga dengan pelantikan ini kan dapat memberi aspirasi kepada TDA dalam memacu pembangunan teknologi dan industri ke arah objektif dan sasaran negara selaras dengan mandat dasar-dasar Perolehan yang ditetapkan,” katanya.
TDA ditubuhkan untuk mengurus, mentadbir dan memantau semua pelaksanaan aktiviti Program Kolaborasi Industri (ICP) di Malaysia untuk memastikan ia mematuhi proses dan keperluan seperti yang ditetapkan dalam Rangka Kerja Pengurusan ICP Malaysia.
Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid dari PKR dilantik untuk mengetuai Tekun Nasional.
Tekun Nasional adalah sebuah agensi yang ditugaskan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada perniagaan Bumiputera di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 24 2023

Gambar dari kiri: Sim Tze Tzin, Wong Chen dan Abdullah Sani. - Foto Sinar Harian
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Pemimpin PKR dilantik terajui tiga agensi kerajaan
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen telah dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutif Malaysia Debt Ventures (MDV).

Rafizi gesa wakil rakyat, pemimpin PKR dilantik jawatan kerajaan tidak lupakan parti
"Pemimpin PKR perlu sedar jika tidak kerana parti, ahli serta jentera parti, mereka tidak akan menang pilihan raya dan mendapat jawatan dalam kerajaan."

Hadi hairan pemimpin PKR 'kepanasan' PM pilih Latheefa
Tindakan segelintir kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang tidak bersetuju dengan keputusan itu meninggalkan tanda tanya.