Datuk K Rajagobal merupakan antara 'pilihan' warga Twitter di Malaysia apabila diajukan soalan "Siapakah yang layak menggantikan David Moyes bagi mengemudi pasukan bolasepak ulung Manchester United?"
Pemecatan Moyes dari Manchester United (MU) hari ini telah mengundang pelbagai reaksi dari peminat kelab bolasepak liga Inggeris tersebut termasuk peminat bolasepak kelab lain.
Bagaimanapun ramai warga media sosial meletakkan pengurus liga Jerman dari kelab Borussia Dortmund, iaitu Jürgen Klopp sebagai pilihan utama mereka.
Pilihan yang kedua pula diikuti dengan pemain Manchester United sendiri yang juga merupakan pengurus sementara kelab itu, Ryan Giggs.
Pilihan lain yang diberikan termasuk pengurus Belanda, Louis van Gaal; pengurus Atletico, Madrid Diego Simeone; dan bekas jurulatih Kelantan, Steve Darby.
Selain itu terdapat juga cadangan mengemukakan bekas-bekas pemain tempatan seperti, Datuk M. Karathu, Shebby Singh, Dollah Salleh dan juga ketua jurulatih PKNS, Wan Jamak Wan Hassan.
Namun, terdapat juga jawapan yang lucu oleh warga Twitter yang turut mencadangkan agar blogger Papa Gomo serta pelawak Accapan disenaraikan sebagai pengganti Moyes.
Sementara itu, Astro AWANI turut meminta warga Twitter tempatan berkongsi detik-detik kecemerlangan pasukan MU sewaktu di bawah kendalian Moyes.
Rata-rata mereka amat skeptikal dengan sumbangan beliau.
Pengurus kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris, David Moyes telah dipecat oleh kelabnya.
Berita pemergian Moyes tiba selepas beberapa hari laporan oleh media Britain yang Moyes akan dipecat, 10 bulan selepas mengambil alih tugas itu dari pengurus lagenda Alex Ferguson.
Moyes yang berusia 50 tahun dan berasal dari Scotland terpaksa mengharungi musim getir bersama Red Devils yang jatuh ke tangga tujuh Liga Perdana Inggeris, sekaligus tersingkir dari saingan peringkat tempatan dan Liga Juara-Juara Eropah.
United tewas 2-0 dalam perlawanan terakhir mereka di tangan bekas kelab bimbingan Moyes iaitu Everton. Ini juga kekalahan ke-11 berturut-turut buat pasukan itu.
Haider Yutim
Tue Apr 22 2014
Washington jadi tumpuan dunia sempena angkat sumpah Trump
Tumpuan masyarakat dunia ketika ini sudah semestinya beralih ke arah Washington yang mana akan berlangsungnya majlis angkat sumpah Donald Trump di ibu negara itu sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-47.
Kepresidenan Trump: Jangka sesuatu luar jangkaan
walaupun Trump diramal akan fokus dengan agenda America First, namun situasi semasa pentadbiran pertamanya dahulu berbeza dengan realiti ketika ini.
Anwar bertemu pemimpin EU perkukuh hubungan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Bangunan Europa di Belgium pada Isnin.
Malaysia, EU sambung semula rundingan perjanjian perdagangan bebas
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Suruhanjaya Eropah (EC) Urusula von der Leyen mengumumkan untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA), sekali gus melakar detik bersejarah bagi hubungan kedua-dua pihak.
MEUFTA: MITI sambut baik penyambungan semula
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Sebuah kilang kimia di Taman perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, terbakar sehingga menyebabkan berlaku beberapa letupan, pada Isnin.
RUU pekerja Gig dibentangkan parlimen akan datang
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) merancang untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig pada sidang Parlimen akan datang dalam usaha melindungi kebajikan pekerja di sektor itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 21 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
EPL: Bekas jurulatih Manchester United ke Everton
Moyes kini kembali untuk membantu Everton bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Moyes enggan layan desakan letak jawatan
West Ham tewas 0-2 kepada pasukan bawahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forrest semasa kunjungan ke City Ground pada Sabtu.
Liga Europa: West Ham-Olympiacos risau ancaman samseng bola sepak
Bola sepak di Athens bergolak selepas perlawanan pada Ahad lalu terpaksa ditangguhkan selepas seorang pemain lawan terkena mercun.
EPL: West Ham rasa teraniaya
Mohammed Kudus masuk sebagai pemain gantian untuk jaringan EPL sulungnya - seminit sebelum tamat permainan.
UEL: David Moyes puji aksi Mohammed Kudus bantu West Ham atasi TSC
David Moyes puji Mohammed Kudus selepas pemain Ghana itu membantu West Ham bangkit untuk menewaskan TSC Backa Topola.
UECL: Moyes teruja hadapi final bertemu Fiorentina
West Ham akan menentang kelab Itali, Fiorentina dalam perlawanan akhir Liga Conference Europa di ibu negara Czech awal pagi Khamis.
EPL: Moyes pertikai keputusan aneh VAR ketika West Ham tewas kepada Brentford
Nasib sekali lagi tidak menyebelahi The Hammers apabila jaringan mereka dibatalkan dengan sebab yang boleh dipertikaikan malam tadi.
Moyes, Tuchel beza pendapat VAR batal gol West Ham
Drama tercetus apabila VAR membatalkan gol rembatan Cornet, selepas Jarrod Bowen dikesan terlebih dahulu mengasari Eduoard Mendy.
Harga Rice meningkat kepada lebih RM828.2 juta
Kontrak ketua pasukan kelab London itu berbaki dua tahun lagi dengan pilihan melanjutkannya selama 12 bulan lagi.
Sadiq Khan kecewa David Moyes benarkan Zouma beraksi
Beliau yang ditemu bual Sky News baru-baru ini menjelaskan, apa yang dilakukan oleh Zouma itu satu tindakan yang keji.