IPOH: Pelaksanaan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) ke Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilakukan pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata ini kerana kerajaan negeri perlu menunggu peruntukan daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi pembinaan loji rawatan air di daerah Kerian, Utara Perak serta pelbagai lagi proses berkaitan isu bekalan air terawat antara Perak dan Pulau Pinang.
Saarani berkata kerajaan negeri sudah mengadakan perjumpaan dengan kementerian itu bagi membincangkan projek SPRWTS pada November lepas.
"Tanpa kelulusan peruntukan itu, tiada perjanjian boleh dibuat. Sudah ada keputusan kementerian, baru kita boleh laksanakan projek, kalau ikut kehendak kita, lagi cepat lagi baguslah tapi bergantung kepada peruntukan kementerian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 anjuran Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang turut dihadiri Presidennya Datuk Adnan Mat di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Ditanya mengenai permintaan Pulau Pinang yang mahu penggunaan 700 juta liter air sehari, Saarani berkata ia tertakluk kepada kecukupan pengguna domestik terlebih dahulu.
"Kalau kita tak cukup air, macam mana nak jual pada orang? Penjualan bekalan air terawat ini tertakluk kepada perjanjian," katanya.
Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengumumkan bahawa negeri itu akan menandatangani sama ada memorandum persefahaman atau perjanjian pembiayaan dengan Perak berkaitan SPRWTS pada 2024.
Skim itu adalah sebahagian daripada Pelan Kontingensi Air Pulau Pinang 2030 yang menyaksikan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) membelanjakan RM1.18 bilion dalam tempoh beberapa tahun akan datang untuk meningkatkan bekalan air negeri kepada 602 juta liter sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Saarani berkata kerajaan negeri sudah mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu bagi membincangkan projek SPRWTS pada November lepas.- Gambar fail/Bernama
Kepresidenan Trump: Trump seorang deal maker, lebih fikir kebaikan AS
Trump juga sedar AS tak mampu untuk berkonflik apatah lagi dengan dua kuasa besar dunia.
14 Februari tarikh tutup kontrak perkhidmatan haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan 14 Februari adalah tarikh akhir bagi pejabat urusan haji di pelbagai negara untuk memuktamadkan kontrak perkhidmatan berkaitan Musim Haji 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kepresidenan Trump: Dunia masih lihat AS sebagai pemimpin
Biarpun dunia dilihat lebih bersedia untuk menerima Trump sebagai presiden AS yang baharu namun negara itu masih mempunyai beberapa jangkaan yang perlu dilangsaikan.
Washington jadi tumpuan dunia sempena angkat sumpah Trump
Tumpuan masyarakat dunia ketika ini sudah semestinya beralih ke arah Washington yang mana akan berlangsungnya majlis angkat sumpah Donald Trump di ibu negara itu sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-47.
Kepresidenan Trump: Jangka sesuatu luar jangkaan
walaupun Trump diramal akan fokus dengan agenda America First, namun situasi semasa pentadbiran pertamanya dahulu berbeza dengan realiti ketika ini.
Anwar bertemu pemimpin EU perkukuh hubungan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Bangunan Europa di Belgium pada Isnin.
Malaysia, EU sambung semula rundingan perjanjian perdagangan bebas
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Suruhanjaya Eropah (EC) Urusula von der Leyen mengumumkan untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA), sekali gus melakar detik bersejarah bagi hubungan kedua-dua pihak.
MEUFTA: MITI sambut baik penyambungan semula
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Sebuah kilang kimia di Taman perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, terbakar sehingga menyebabkan berlaku beberapa letupan, pada Isnin.
RUU pekerja Gig dibentangkan parlimen akan datang
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) merancang untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig pada sidang Parlimen akan datang dalam usaha melindungi kebajikan pekerja di sektor itu.
Pemindahan air dari Perak ke Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilaksana tahun ini - Saarani
Pelaksanaan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) ke Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilakukan pada tahun ini.