Pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan, mungkin membuka lebih banyak penerbangan terus antarabangsa ke negeri ini, dan seterusnya meningkatkan ketibaan pelancong.
Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Sebastian Ting berkata kerajaan negeri berharap bahawa susulan perkembagan terbaharu itu, ia membolehkan Sarawak mewujudkan dasar langit terbuka yang telah lama diharapkannya.
"Pada masa ini, syarikat penerbangan yang mengadakan perkhidmatan ke Malaysia, perlu melalui Kuala Lumpur, hentian pertama untuk memasuki Malaysia, dan hanya selepas itu, boleh terbang ke Kuching dan ke Sabah.
"Kami berharap pada masa depan, harus ada penerbangan terus, dasar langit terbuka, lebih banyak penerbangan dan lebih banyak kesalinghubungan, ini sangat baik untuk Sarawak," kata beliau kepada Bernama.
Beliau menarik perhatian kepada pandangan yang sama semasa sesi satu Sidang Kemuncak Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa Sarawak di sini, bertajuk "Masa Depan Sarawak - Apa Seterusnya? Apa Yang Akan Berlaku". Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang menjadi moderator pada sesi itu, hari ini.
Sebastian berkata, dalam usaha untuk membawa lebih ramai pelancong, kerajaan negeri sedang berusaha untuk mengadakan lebih banyak penerbangan sewa khas antarabangsa ke negeri ini.
"Menteri berkenaan sedang mengkaji pada November tahun ini untuk syarikat penerbangan dari China mengadakan penerbangan terus dari Shenzen ke Kuching.
"Penerbangan itu boleh singgah di Kuching sebagai hentian pertama, bandar kedua ialah Miri dan kemudian ke bandar-bandar lain," katanya.
Sebastian berkata pengumuman Presiden Indonesia, Joko Widodo, untuk memindahkan ibu kota negara itu ke Kalimantan yang mempunyai sempadan bersama dengan Sarawak dan Sabah, pasti memberi petanda baik untuk kerajaan negeri.
"Jika anda melihat lima tahun lagi, 10 tahun, 15 tahun, tempat itu (ibu negara baharu Indonesia) akan dibangunkan dan kita akan berkongsi sempadan bersama dengan Kalimantan dan bandar terdekat adalah Kapit di sebelah Sarawak.
"Jika anda melihat kepada kesalinghubungan akhirnya, potensi seperti itu, pasti sangat baik untuk Sarawak, aktiviti dan potensi mempunyai penduduk yang lebih besar apabila mereka berpindah ke ibu negara baharu dan dari kawasan itu, perdagangan antara kedua-dua negara akan memberi manfaat, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 30 2019

Kerajaan negeri berharap perkembagan terbaharu membolehkan Sarawak mewujudkan dasar langit terbuka yang telah lama diharapkannya. - Google Map

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

AirAsia perluas operasi ke Lapangan Terbang Subang, terbang ke Borneo mulai 30 Ogos
AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.

Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo
Alam semula jadi di Borneo menyediakan habitat semula jadi bagi kupu-kupu tropika untuk berkembang dengan baik.

Kerajaan Brunei nafi penglibatan projek Trans Borneo Railway
Kerajaan Brunei Darussalam mengesahkan tidak pernah menawarkan ataupun melantik mana-mana syarikat tempatan mahupun luar negeri untuk mengendalikan projek kereta api laju Trans Borneo Railway

Projek kereta api berkelajuan tinggi, Sabah belum terima maklumat rasmi
Kerajaan Sabah belum menerima sebarang pemakluman rasmi mengenai dakwaan sebuah syarikat dari Brunei yang mengumumkan pelaksanaan projek rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Borneo.

Penggambaran di Borneo perlu dapatkan permit daripada kerajaan negeri - Finas
Walaupun produksi mempunyai lesen yang telah dikeluarkan Finas, mereka tertakluk mengikut peraturan yang telah ditetapkan negeri berkenaan.

Insentif pengeluaran getah November 2022 diaktifkan di Semenanjung, Sabah & Sarawak
Harga purata peringkat ladang bagi 'cup lump' atau getah sekerap pada November 2022 berada pada RM2.20 sekilogram bagi Semenanjung.

Pasca PRU15: Calon TPM dari Borneo perlu wakili etnik majoriti - Penganalisis
Menjadi satu pengiktirafan besar sekiranya suara etnik Iban atau Dayak dapat diangkat menerusi wakil mereka di peringkat pusat.

Lima perkara menarik anda patut terokai di Kuching, Sarawak
Dengan sekatan dan prosedur tertentu untuk ke luar negara, ini peluang terbaik untuk para pencinta alam sekitar untuk melancong di dalam negara - terutama di Kuching, Sarawak.

Fly2Campus bantu pelajar dapatkan penerbangan pulang ke kampus
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ingin pulang ke kampus digalakkan menggunakan aplikasi Fly2Campus' yang telah disediakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).