PUTRAJAYA: Pemohon dalam kumpulan sasaran di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP) masih boleh mendapatkan pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) atau institusi kewangan apabila SRP tidak lagi diteruskan mulai tahun ini.
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), dalam kenyataan hari ini berkata walaupun SRP, yang dilancarkan pada 2011 tidak diteruskan namun kerajaan melalui Belanjawan Madani 2023 telah bersetuju untuk meneruskan pembiayaan di bawah SJKP.
KPKT berkata dalam pengumuman Belanjawan Madani 2023, kerajaan melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd bersetuju menyediakan jaminan pembiayaan melalui SJKP sehingga RM5 bilion nilai pinjaman yang bakal memberi manfaat kepada 20,000 peminjam yang memerlukan.
SJKP adalah salah satu Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang dilancarkan oleh KPKT dengan kerjasama Kementerian Kewangan pada 14 April 2022 bertujuan meningkatkan pemilikan kediaman terutamanya dalam kalangan golongan B40, M40 dan pekerja sektor tidak formal.
"SJKP merupakan program yang menawarkan pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan ekonomi gig," menurut KPKT.
Menurut kenyataan KPKT itu, sebanyak 16,808 peminjam telah menerima manfaat dengan nilai pinjaman RM2.32 bilion daripada pelaksanaan SJKP itu sehingga 31 Dis lepas.
Program SRP diumumkan semasa Belanjawan 2011 bagi membantu golongan muda untuk memiliki rumah pertama. Ia melibatkan yuran jaminan kepada Cagamas ditanggung oleh kerajaan, dan Cagamas menyediakan jaminan supaya pembeli rumah mendapat amaun pinjaman yang lebih tinggi daripada institusi kewangan.
Tarikh tutup permohonan SRP telah ditetapkan pada 31 Mac 2023.
Sepanjang tempoh pelaksanaan program SRP, sebanyak RM19.9 billion nilai pembiayaan telah memberi manfaat kepada 86,708 peminjam.
"KPKT akan terus menyokong usaha membantu peminjam mencapai impian pemilikan rumah selari dengan aspirasi dan keprihatinan kerajaan demi kesejahteraan rakyat," menurut ementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023

Kerajaan melalui Belanjawan Madani 2023 telah bersetuju untuk meneruskan pembiayaan di bawah SJKP. - Gambar hiasan
Pasukan Khas Tentera Pakistan tumpaskan 33 militan, akhiri krisis tebusan kereta api
Pasukan Khas Tentera Pakistan berjaya menumpaskan 33 militan pemisah Baloch dan menamatkan krisis tebusan kereta api yang berlangsung selama sehari. Insiden ini bermula apabila militan meletupkan landasan kereta api dan menyerang Jaffar Express yang membawa 440 penumpang. Serangan ini mengakibatkan 21 tebusan dan empat anggota keselamatan terkorban. Ketua Menteri Balochistan, Sarfraz Bugti, memuji keberanian pasukan keselamatan yang berjaya menyelamatkan 68 tebusan.
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tiba di The Hague
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague menyaksikan kehadiran Rodrigo Duterte untuk perbicaraan atas dakwaan jenayah kemanusiaan berkaitan "perang dadah" yang dilancarkannya.
Anak perempuannya, Sara Duterte, turut serta dalam usaha guaman untuk membela bapanya.
Anak perempuannya, Sara Duterte, turut serta dalam usaha guaman untuk membela bapanya.
PM mahu program Kampung Angkat MADANI diperluas
Perdana Menteri berkata, beliau gembira dengan kemajuan Program Kampung Angkat MADANI, yang dimulakan di peringkat kementerian-kementerian, sehingga mencecah angka 44 buah kampung pada tahun 2024, dan akan diperluaskan kepada 200 buah dengan bantuan korporat dan GLC.
Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Seorang lelaki warga emas terima padah apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) selepas bergurau bahawa bagasi rakannya mengandungi bom.
Kedua-dua mereka kini direman untuk siasatan lanjut.
Kedua-dua mereka kini direman untuk siasatan lanjut.

Manchester United rancang bina stadium baharu berkapasiti 100,000 tempat duduk
Firma seni bina yang berpangkalan di London, Fosters Partners dipilih untuk mengetuai projek tersebut.
[TERKINI] Rasuah: Ismail Sabri dijangka beri keterangan 10 pagi ini
Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan pada 10 pagi susulan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Hina pengadil: Correa digantung lima perlawanan
Pemain antarabangsa Argentina itu dilayangkan kad merah langsung pada minit ke-88 ketika tumpas 1-2 kepada Getafe dalam La Liga.

Trump ulangi amaran kenakan lebih banyak tarif
Ancaman ini menandakan peningkatan lagi dalam perang perdagangan yang telah menggoncang pasaran kewangan.

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Kerajaan diminta teruskan Skim Rumah Pertamaku - Senator
Kerajaan diminta meneruskan Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang dimansuhkan baru-baru ini bagi membantu rakyat memiliki rumah pertama.

Pemohon Skim Rumah Pertamaku masih boleh dapat pembiayaan melalui SJKP
Pemohon dalam kumpulan sasaran di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP) masih boleh mendapatkan pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April
Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April ini.

Perumahan mampu milik antara fokus kerajaan BN - PM Najib
Beliau berkata pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi menyediakan perumahan mampu milik sejak 2009, ketika beliau mula menyandang jawatan Perdana Menteri.

Kelayakan skim rumah pertamaku naik kepada RM5,000
Had pendapatan peminjam individu bagi Skim Rumah Pertamaku (SRP) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan berkuat kuasa Januari 2013