BALIK PULAU: Tindakan sepasang suami isteri menjadikan sebuah rumah kampung di Kampung Bukit, Bayan Lepas sebagai makmal haram memproses dadah terbongkar apabila mereka ditahan dalam satu serbuan Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam serbuan kira-kira jam 10.30 malam itu, polis merampas dadah jenis heroin seberat 4.53 kilogram (kg), pil yaba seberat 309.54 gram dan serbuk kafien 14.88kg bernilai RM81,330.
Menurut Soffian, pembongkaran makmal haram itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Timur Laut susulan tangkapan pasangan terbabit di tepi jalan di kawasan Bukit Gelugor pada hari yang sama sebelum itu.
"Dalam serbuan itu, polis turut merampas bahan kimia serta pelbagai peralatan yang digunakan untuk memproses dadah" katanya dalam sidang media diIbu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, di sini pada Jumaat.
Selain itu, polis turut menyita sebuah kenderaan yang digunakan pasangan terbabit bernilai RM27,000 dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM108,330.
"Siasatan mendapati lelaki berusia 43 tahun yang bekerja sebagai pemotong ayam di Pasar Balik Pulau dan isterinya yang merupakan warga Thailand berusia 30 tahun itu aktif memproses dadah dan menyewa rumah terbabit sejak Januari tahun ini," katanya.
Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek lelaki didapati positif dadah selain turut mempunyai rekod jenayah sebelum ini.
Soffian berkata, kedua-dua suspek kini direman selama enam hari untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati dan penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Oct 14 2022
![Pemotong ayam dan isteri jadikan rumah kampung makmal dadah dicekup Pemotong ayam dan isteri jadikan rumah kampung makmal dadah dicekup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665737140_MAKMALDADAH.jpg)
Soffian menunjukkan antara barang rampasan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya hari ini. - Foto BERNAMA
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
!['Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas 'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737108218_TBKOKAIN.jpg)
'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.
![Polis tahan lima sekawan, bongkar makmal proses dadah Polis tahan lima sekawan, bongkar makmal proses dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731311896_KhawKokChin.jpg)
Polis tahan lima sekawan, bongkar makmal proses dadah
Lima sekawan yang aktif menjalankan kegiatan memproses dan mengedar dadah ditahan, selain pelbagai jenis dadah bernilai RM3 juta dirampas di Pulau Pinang.
![Polis serbu kontena dijadikan makmal proses dadah di Klang Polis serbu kontena dijadikan makmal proses dadah di Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707205673_TBpdrmjpg.jpg)
Polis serbu kontena dijadikan makmal proses dadah di Klang
Polis menyerbu sebuah kontena di Klang yang dijadikan sebagai makmal memproses dadah haram dan menahan dua lelaki.
![Polis bongkar makmal dadah di Sungai Petani Polis bongkar makmal dadah di Sungai Petani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697971007_makmaldadahkedah.jpg)
Polis bongkar makmal dadah di Sungai Petani
Polis berjaya membongkar makmal mini pemprosesan dadah jenis heroin menerusi serbuan di sebuah rumah di Jalan Bukit Puteri, Bandar Puteri Jaya di Sungai Petani, Khamis lalu.
![Makmal dadah dalam gudang didalangi dua beradik tumpas Makmal dadah dalam gudang didalangi dua beradik tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688700290_IPOH.jpg)
Makmal dadah dalam gudang didalangi dua beradik tumpas
Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dadah yang didalangi dua beradik dalam serbuan di sebuah gudang di Jelapang dekat sini pada Rabu.
![5 ditahan, Bukit Aman serbu makmal proses, bungkus dadah di Manjung 5 ditahan, Bukit Aman serbu makmal proses, bungkus dadah di Manjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685094259_makmaldadahperak.jpg)
5 ditahan, Bukit Aman serbu makmal proses, bungkus dadah di Manjung
Polis menumpaskan makmal haram yang dipercayai menjadi tempat pemprosesan dan pembungkusan dadah jenis heroin dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bahru, Lumut di sini pada Selasa.
![Pemotong ayam dan isteri jadikan rumah kampung makmal dadah dicekup Pemotong ayam dan isteri jadikan rumah kampung makmal dadah dicekup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665737140_MAKMALDADAH.jpg)
Pemotong ayam dan isteri jadikan rumah kampung makmal dadah dicekup
Tindakan sepasang suami isteri menjadikan sebuah rumah kampung makmal haram memproses dadah terbongkar apabila mereka ditahan dalam satu serbuan.
![Rampasan methamphetamine di Asia Timur dan Tenggara catat peningkatan - PBB Rampasan methamphetamine di Asia Timur dan Tenggara catat peningkatan - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81593181746_heroin.jpg)
Rampasan methamphetamine di Asia Timur dan Tenggara catat peningkatan - PBB
Jumlah methamphetamine hampir mencecah 172 tan berjaya dirampas di Asia Timur dan Tenggara pada 2021, kira-kira tujuh kali ganda berbanding sedekad lalu.
![Polis bongkar makmal proses dadah, tahan dua lelaki Polis bongkar makmal proses dadah, tahan dua lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647843434_DatoMohdShuhaily.jpg)
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan dua lelaki
Polis turut merampas pelbagai peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah jenis heroin di rumah tersebut.
![Enam lelaki direman terlibat dalam sindiket proses, jual dadah Enam lelaki direman terlibat dalam sindiket proses, jual dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644981819_JenayahPolisBong.jpg)
Enam lelaki direman terlibat dalam sindiket proses, jual dadah
Enam lelaki ditahan dalam lima serbuan polis di sekitar Perak dan Negeri Sembilan pada Ahad dan Isnin.