KAJANG: Seorang pemuda berumur 20 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan merogol seorang warga emas berusia 71 tahun di sebuah rumah, dua bulan lalu.
Kelindan lori, R Vasant Raj, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan dengan mengacu pisau hingga mendatangkan ketakutan kematian di sebuah rumah di kawasan perumahan di Taman Asa Jaya, di sini jam 4 petang, 15 April lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang akan ditetapkan mahkamah.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar kadar itu dikurangkan.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Mazuliana membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
"Syarat-syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan," katanya.
Mahkamah menetapkan 7 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Pada Jumaat, pihak polis menahan seorang pemuda selepas mangsa membuat laporan dan mendakwa dirogol di sebuah rumah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, hasil siasatan awal mendapati, suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 02 2023
![Pemuda didakwa rogol wanita warga emas Pemuda didakwa rogol wanita warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61685695037_Rogolwargaemas.jpg)
Kelindan lori, R Vasant Raj, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid. - Foto Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Didakwa edar hampir 20 kilogram heroin, kelindan lori berdepan hukuman mati Didakwa edar hampir 20 kilogram heroin, kelindan lori berdepan hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738035970_Didakwaedar.jpg)
Didakwa edar hampir 20 kilogram heroin, kelindan lori berdepan hukuman mati
Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkaj 28 April depan sebagai tarik sebutan semula kes.
![Kelindan lori tidak mengaku tikam adik tiri Kelindan lori tidak mengaku tikam adik tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712896883_TBThiyagaraj.jpg)
Kelindan lori tidak mengaku tikam adik tiri
Lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas L Dewi dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.
![Kelindan lori rogol, lakukan amang seksual terhadap remaja dipenjara lima tahun, tiga sebatan Kelindan lori rogol, lakukan amang seksual terhadap remaja dipenjara lima tahun, tiga sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710405031_TBkesrogoljpg.jpg)
Kelindan lori rogol, lakukan amang seksual terhadap remaja dipenjara lima tahun, tiga sebatan
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan ke atas seorang kelindan lori atas tuduhan lakukan amang seksual dan merogol.
![Kelindan lori pukul, samun bekas kekasih diberkas Kelindan lori pukul, samun bekas kekasih diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696154036_MohdAzamIsmailKe.jpg)
Kelindan lori pukul, samun bekas kekasih diberkas
Polis menahan seorang kelindan lori kerana disyaki memukul dan menyamun bekas kekasihnya dalam kejadian di Ampang, Khamis lepas.
![Pemuda didakwa rogol wanita warga emas Pemuda didakwa rogol wanita warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61685695037_Rogolwargaemas.jpg)
Pemuda didakwa rogol wanita warga emas
Seorang pemuda mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol seorang warga emas berusia 71 tahun di sebuah rumah, dua bulan lalu.
![Kelindan lori didenda RM12,000 hina Islam di Facebook Kelindan lori didenda RM12,000 hina Islam di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668007250_TBgavel.jpg)
Kelindan lori didenda RM12,000 hina Islam di Facebook
Seorang kelindan lori didenda RM12,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam di laman sosial Facebook, dua tahun lepas.
![Edar dadah: Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati dan penjara terhadap kelindan lori Edar dadah: Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati dan penjara terhadap kelindan lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71651053323_JudgeHammer.jpg)
Edar dadah: Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati dan penjara terhadap kelindan lori
Banyak bukti yang menunjukkan Santanasamy mempunyai jagaan dan kawalan dadah tersebut.
![Kelindan lori mengaku ugut bunuh, maki polis Kelindan lori mengaku ugut bunuh, maki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647855796_CourtGavel.jpg)
Kelindan lori mengaku ugut bunuh, maki polis
Seorang kelindan lori mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas dua pertuduhan melakukan ugutan bunuh serta menghina polis, melalui panggilan telefon, Disember lalu.
![Kelindan maut tercampak dalam nahas dua lori kontena di Lebuhraya PLUS Kelindan maut tercampak dalam nahas dua lori kontena di Lebuhraya PLUS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619134307_LebuhRayaPLUS.jpg)
Kelindan maut tercampak dalam nahas dua lori kontena di Lebuhraya PLUS
Mangsa dikatakan tercampak selepas lori kontena dinaikinya dipercayai terlanggar bahagian belakang kenderaan di hadapan.
![Kelindan lori terlibat kemalangan dengan ambulans meninggal dunia Kelindan lori terlibat kemalangan dengan ambulans meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618591868_kelindanlorikemal.jpg)
Kelindan lori terlibat kemalangan dengan ambulans meninggal dunia
Kelindan lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah ambulans membawa pesakit COVID-19, maut ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada Jumaat.