Pemuda Pas Pusat hari ini menyatakan sokongannya terhadap usaha kerajaan mengadakan undang-undang bagi menyekat penyebaran berita palsu.
Ketuanya Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata undang-undang sedemikian bukan sahaja dapat mengekang berita palsu tetapi turut membolehkan penyebarnya didakwa di mahkamah.
"Pemuda Pas mengalu-alukan cadangan ini malah kami juga bersedia memberikan cadangan bagi penambahbaikan undang-undang berkenaan jika dibenarkan," katanya pada Majlis Minum Petang Bersama Pimpinan Pas di Taman Budiman di sini, hari ini.
Pada 30 Jan lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan telah membentuk satu jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baharu untuk membendung berita palsu di negara ini.
Azalina berkata kerajaan berharap undang-undang baharu itu boleh dibawa ke Parlimen pada sesi yang akan datang.
Mengulas lanjut, Muhammad Khalil berkata pada masa sama, parti itu akan melihat sejauh mana pelaksanaan undang-undang tersebut mampu mengekang penyebaran berita palsu secara komprehensif.
Sementara itu, beliau berkata penyusunan dan pengagihan kerusi bersama parti dalam Gagasan Sejahtera telah hampir selesai dan akan dimuktamadkan sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ini.
"Alhamdulillah, proses pengagihan ini disambut dengan baik oleh semua pihak dalam Gagasan Sejahtera ini dan ia akan selesai untuk dimuktamadkan tidak lama lagi," katanya.Selain Pas, gagasan itu turut diserati Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2018

KHALIL: Kami juga bersedia memberikan cadangan bagi penambahbaikan undang-undang berkenaan jika dibenarkan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Pemuda Pas sokong undang-undang sekat berita palsu
Pemuda Pas Pusat hari ini menyatakan sokongannya terhadap usaha kerajaan mengadakan undang-undang bagi menyekat penyebaran berita palsu.