PUTRAJAYA: Seorang pemuda berusia 21 tahun yang menghidap penyakit saraf dengan memiliki berat hanya 10 kilogram di Terengganu akan menerima bantuan bersesuaian, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi menyalurkan bantuan kepada Muhammad Hafizuddin Ismail untuk meringankan beban keluarga pemuda itu.
Mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang menyampaikan maklumat kepada kementerian dan kerajaan berkenaan pelbagai isu masyarakat yang perlu diberi perhatian segera, Nancy berkata, JKM telah menyantuni Muhammad Hafizuddin dan keluarganya di rumah mereka pada 20 Jun lepas.
"KPWKM mengalu-alukan maklumat daripada semua lapisan masyarakat agar setiap kumpulan sasar kementerian dapat dibela dan seterusnya disantuni segera untuk kita bersama membangun Malaysia Madani," katanya.
Menurut Nancy, Muhammad Hafizuddin juga adalah merupakan penerima bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sejak November 2020.
Media sebelum ini melaporkan mengenai keadaan seorang lelaki berusia 21 tahun tetapi mempunyai berat badan seperti kanak-kanak akibat penyakit saraf dihadapi yang dikatakan bermula selepas terjatuh tangga di sekolah ketika berusia 12 tahun.
Orang ramai boleh menghubungi Talian Kasih di talian 15999 dan nombor WhatsApp 019-2615999 atau terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) bagi melapor dan menyalurkan maklumat berkenaan kanak-kanak, warga emas serta komuniti yang memerlukan bantuan. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
![Pemuda punyai berat badan 10 kg akan diberi bantuan bersesuaian Pemuda punyai berat badan 10 kg akan diberi bantuan bersesuaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688359695_MuhammadHafizuddin.jpg)
Muhammad Hafizuddin Ismail yang berusia 21 tahun tetapi mempunyai berat badan seperti kanak-kanak akibat penyakit saraf dihadapi yang dikatakan bermula selepas terjatuh tangga di sekolah ketika berusia 12 tahun. - Gambar SINAR HARIAN
Yayasan Sarawak beri bantuan kewangan untuk lepasan SPM pelajaran di IPT milik negeri
Anak Sarawak yang melanjutkan pendidikan tinggi di enam institusi milik Negeri itu akan mendapat bantuan kemasukan institusi pengajian tinggi berjumlah RM1,000 selain elaun RM300 untuk mengikuti program pemantapan Bahasa Inggeris selama sebulan.
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata umat Islam sudah sedia maklum dengan keperluan menjaga akidah masing-masing, dan kunjungan itu dibolehkan
Beliau berkata umat Islam sudah sedia maklum dengan keperluan menjaga akidah masing-masing, dan kunjungan itu dibolehkan
PETROS sumbang RM2 Juta, bantu mangsa banjir di Sarawak
Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menyumbang 2 juta ringgit bagi menyokong usaha berterusan membantu penduduk yang terjejas banjir yang melanda Sarawak.
![CAP saran kecilkan saiz makanan percuma ketika Thaipusam, elak pembaziran CAP saran kecilkan saiz makanan percuma ketika Thaipusam, elak pembaziran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738922820_TBTHAIPUSAM.jpg)
CAP saran kecilkan saiz makanan percuma ketika Thaipusam, elak pembaziran
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi amal digesa mengurangkan saiz makanan percuma yang akan diedarkan semasa sambutan Thaipusam pada 11 Feb ini bagi mengelakkan berlaku pembaziran.
Enam kampung di mukah terima bantuan bakul makanan
449 bakul makanan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Mukah diagihkan kepada penduduk yang terkesan banjir di enam kampung di daerah itu.
Tiada lagi PPS aktif di empat bahagian di Sarawak
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan tiada lagi PPS aktif di empat bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian dan Betong.
Beaufort, Tambunan diisytihar kawasan bencana banjir
Daerah Beaufort dan Tambunan masing-masing diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.
Pantau Agenda Reformasi: Rancangan Trump untuk Gaza melampaui batas?
Bersama Mohd Asyraf Mohd Farique, Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute membincangkan tentang rancangan Trump untuk Gaza melampaui batas.
![Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738911973_TBKhlongHae.jpg)
Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berkunjung ke Thailand, khususnya dengan memandu kenderaan dinasihatkan memahami budaya pemanduan dan peraturan jalan raya negara itu.
![Ibu Zayn Rayyan jerit ini salah mommy - Saksi Ibu Zayn Rayyan jerit ini salah mommy - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738926057_ZaynRayyan.jpg)
Ibu Zayn Rayyan jerit "ini salah mommy" - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin menjerit, "Zayn, ini salah mommy".
![Pemuda punyai berat badan 10 kg akan diberi bantuan bersesuaian Pemuda punyai berat badan 10 kg akan diberi bantuan bersesuaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688359695_MuhammadHafizuddin.jpg)
Pemuda punyai berat badan 10 kg akan diberi bantuan bersesuaian
JKM akan bekerjasama dengan agensi lain untuk salur bantuan kepada Muhammad Hafizuddin Ismail untuk meringankan beban keluarga pemuda itu.