Pergerakan Pemuda Umno mencalonkan empat pemimpin sayap itu bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi Umno bagi pemilihan parti itu Oktober ini.
Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berkata empat pemimpin utama itu ialah Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan Pemuda Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, pengerusi biro ekonomi Pemuda Datuk Sohaimi Shahadan dan pengerusi unit media baru Pemuda, Tun Faisal Ismail Aziz.
"Kita sebulat suara beri pengesahan dan sokongan kepada keempat-empat calon ini dan saya sendiri akan minta semua perwakilan pemuda yang akan mengundi untuk Majlis Tertinggi di mesyuarat bahagian masing-masing beri sokongan tak berbelah bahagi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Katanya keempat-empat calon itu ialah calon rasmi yang mendapat sokongan sebulat suara jawatankuasa Pemuda Umno setakat hari ini, namun sekiranya terdapat anggota Pemuda lain yang berminat mencalonkan diri untuk bertanding sebagai anggota Majlis Tertinggi, ia akan dipertimbangkan.
Khairy berkata empat pemimpin Pemuda Umno menawarkan diri bertanding jawatan naib ketua pemuda pada pemilihan di peringkat sayap iaitu Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Haron; Exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam; Ketua Pemuda Tenom Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Lenggong Mohd Iruan Zulkefli.
Ditanya berapa ramai anggota Pemuda yang telah menawarkan diri bertanding jawatan Exco Pemuda, beliau berkata kira-kira 170 anggota telah menawarkan diri untuk bertanding sehingga kini.
Bernama
Thu Sep 05 2013


Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

PRU15: Bertembung dengan Razali di Pagoh, saya tidak mahu perkecilkan sesiapa - Muhyiddin
Muhyiddin mengakui terbuka dan bersedia berdepan dengan mana-mana individu yang menyatakan kesediaan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pagoh pada PRU15.

Mahkamah tolak permohonan SPSB kembalikan saman terhadap bekas Ahli Parlimen Muar
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan SPSB untuk kebenaran merayu berhubung saman fitnah RM100 juta oleh syarikat itu terhadap Datuk Seri Razali Ibrahim berhubung kenyataannya membabitkan KLVC.

Kejayaan UPSR bukan diukur dengan masuk asrama - Razali
Kejayaan pendidikan sepanjang hayat tidak perlu diukur dengan peluang pelajar masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Belum masanya UMNO namakan calon Perdana Menteri - Razali Ibrahim
Masih terlalu awal untuk UMNO beri nama calon Perdana Menteri memandangkan pemilihan parti masih belum dibuat dan tarikh PRU yang belum diketahui, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu.

Barisan Nasional perlu kembali diperkuatkan - Razali Ibrahim
Keputusan sudah dibuat dalam PAU2020, maka kini usaha perlu disusun dan digerakkan untuk kembali memperkuatkan Barisan Nasional menuju PRU-15, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Pemandu lori ceroboh masuk Istana Iskandariah, bawa pistol mainan, sebilah pisau
Selepas tidak dibenarkan masuk, lelaki itu telah masuk ke dalam kenderaannya dan tiba-tiba merempuh pagar utama hadapan istana.

Lelaki maut, pembonceng cedera motosikal dirempuh lori
Katanya, ketika mangsa sedang menuju ke lorong kiri, dipercayai motosikal yang dinaiki dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori secara tiba-tiba.

Maut dilanggar selepas terjatuh motosikal
Dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu, mangsa Hamizan Abdul Shukor, 58 tahun, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Bayi maut terjatuh dari jeriji tingkap
Muhammad Aidil Amsyar Muhammad Hafizuddin disahkan meninggal dunia pada jam 9.40 pagi ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan, Hospital Kuala Kangsar.

Kes ustazah hilang: Hanya berbekal roti, air dan al-Quran
Seorang ustazah yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu, dikatakan hanya makan roti dan minum air mineral sebelum muncul di IPD Kuala Kangsar petang semalam.