Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia meminta kerajaan membuat kajian terperinci berhubung kenaikan tol sebelum membenarkan pelaksanaannya.
Menurut naib ketua pergerakan itu, Khairul Azwan Harun, perlu ada jalan yang lebih bijak untuk menangani kenaikan kos operasi dan penyelenggaraan serta berpegang kepada prinsip ‘rakyat didahulukan’.
“Sebagai contoh, cadangan kenaikan kadar tol kini menjadi perbualan utama rakyat terutama di media sosial. Pemuda UMNO berpendapat bahawa perlu ada satu kajian terperinci dijalankan sebelum kerajaan membenarkan sebarang kenaikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, cadangan kenaikan itu memberi kesan kepada kos sara hidup, terutama kepada golongan keluarga muda yang tinggal di kawasan bandar.
“Selaku sebuah pergerakan yang sentiasa menjiwai hati dan nurani rakyat, kami terpanggil untuk menyatakan pendirian kami,” kata Azwan.
Ujar beliau, alasan bahawa kenaikan itu telah ditunda selama beberapa tahun semata-mata adalah tidak wajar.
“Kenaikan tambang tol tidak wajar sama sekali dilaksanakan secara pukal. Kita harus membuat kajian terperinci mengenai jumlah trafik, unjuran kenderaan masa depan dan juga keuntungan syarikat konsesi perlu diambil-kira, sebelum sebarang persetujuan kenaikan dicapai,” katanya.
Sementara itu, Azwan turut mengkritik kenyataan menteri yang meminta pengguna lebuh raya menggunakan jalan biasa sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol.
Beliau menyifatkan kenyataan tersebut sebagai ‘tidak peka’ dan tidak boleh diterima sama sekali, meskipun dari seorang menteri kabinet.
Selain itu katanya galakkan kerajaan supaya rakyat lebih banyak menggunakan pengangkutan awam, dan dalam masa yang sama sedang mengkaji untuk menaikkan tambang, adalah seperti ‘tidak kena’.
“Sekiranya kita hendak mengurangkan kos tanggungan subsidi minyak dan mengurangkan penggunaan kenderaan di jalan raya, nampak macam tindakan ini tidak selari.
“Sekiranya alasan pihak tertentu untuk menaikkan tambang kerana kenaikan kos tenaga eletrik, kami mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk memberi pengecualian kadar tarif baharu eletrik kepada sistem pengangkutan awam, contohnya LRT,” katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar baru-baru ini telah berkata bahawa pengguna jalan raya yang tidak bersetuju dengan kenaikan tol boleh menggunakan jalan biasa.
Katanya mereka yang merasakan kadar kenaikan tol tersebut terlalu tinggi, ada pilihan untuk tidak melaluinya.
Haider Yutim
Wed Dec 18 2013

Khairul Azwan Harun - Gambar Fail

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.

Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.

Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.

Lebih 81 peratus syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia patuh syariah - Pengerusi
Sebanyak 820 syarikat atau 81.3 peratus daripada keseluruhan 1,009 syarikat senaraian awam (PLC) di Bursa Malaysia patuh Syariah setakat 27 Mei, 2024, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Penguasaan korporat Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 7 peratus - Abdul Wahid
Penguasaan korporat Bumiputera dalam kalangan syarikat tersenarai awam, Public Listed Company (PLC) setakat tahun 2022 hanyalah 7 peratus.

Kerajaan gesa kepada lebih banyak penglibatan belia bagi bentuk agenda ESG Malaysia
Hanifah berkata, belia perlu bersuara dalam pembangunan inisiatif kemampanan dan menjadi sebahagian daripada agenda hijau.

Bank perlu senaraikan anak syarikat perbankan Islam - Bursa Malaysia
Bursa Malaysia Bhd menggalakkan institusi kewangan supaya mula meneroka kemungkinan menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam masing-masing walaupun menghadapi cabaran instrumen ekuiti patuh syariah

WEF iktiraf usaha peralihan tenaga Malaysia sebagai terbaik di Asia Tenggara - Abdul Wahid
WEF mengiktiraf kemajuan dan rancangan Malaysia untuk memastikan peralihan tenaga dilaksanakan tepat pada masanya dan bersesuaian.

Wujudkan budaya beramanah untuk program pemberi maklumat yang efektif - Wahid Omar
Mewujudkan persekitaran yang beramanah secara dalaman dan luaran adalah penting untuk organisasi bagi memastikan program pemberi maklumat atau 'whistleblower' yang efektif.

Belanjawan 2023: Sektor korporat ceria tanpa Cukai Makmur - Wahid Omar
Ketiadaan Cukai Makmur yang berpotensi mengurangkan lima hingga enam peratus daripada pendapatan saham-saham komponen FBM KLCI 2023, memberikan kelegaan besar kepada sektor korporat.

Bursa Malaysia lancar BCX, dagangan karbon patuh syariah pertama
Bursa Malaysia Berhad hari melancarkan Bursa Carbon Exchange (BCX) bagi Pasaran Karbon Sukarela (VCM) yang mematuhi syariah, pertama seumpamanya di dunia.