KUALA LUMPUR: Perjalanan udara dan permintaan terhadap pasaran kargo udara global bertambah baik pada Februari 2022, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Dalam kenyataan pada Rabu, ia menjelaskan impak berkaitan Omicron menjadi sederhana di luar Asia manakala perang di Ukraine, yang bermula pada 24 Feb tidak memberi kesan besar kepada tahap trafik.
Jumlah trafik pada Februari 2022, yang diukur berdasarkan hasil daripada penumpang mengikut kilometer (RPK), meningkat 115.9 peratus berbanding Februari 2021, tambahnya.
"Ia adalah peningkatan daripada Januari 2022, iaitu meningkat 83.1 peratus berbanding pada Januari 2021. Bagaimanapun, berbanding dengan Februari 2019, trafik turun 45.5 peratus," menurut IATA.
Ia menambah, trafik domestik pada Februari 2022 meningkat 60.7 peratus daripada angka pada Februari 2021, meningkat 42.6 peratus pada Januari 2022 berbanding Januari 2021.
Trafik domestik pada Februari adalah 21.8 peratus di bawah jumlah pada Februari 2019.
Sementara itu, RPK antarabangsa melonjak 256.8 peratus berbanding angka Februari 2021, bertambah baik daripada peningkatan 165.5 peratus tahun ke tahun pada Januari 2022 berbanding tempoh tahun sebelumnya.
Menurutnya semua wilayah mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding pada bulan sebelumnya walaupun RPK antarabangsa Februari 2022 merosot sebanyak 59.6 peratus berbanding bulan yang sama pada 2019.
"Pemulihan perjalanan udara semakin baik memandangkan kerajaan di banyak bahagian di dunia telah menarik balik sekatan perjalanan," kata Ketua Pengarah IATA, Willie Walsh.
Selain itu, menurut IATA, permintaan untuk pasaran kargo udara global meningkat pada Februari 2022 walaupun menghadapi situasi operasi yang mencabar.
Ia menjelaskan dari segi permintaan, aktiviti pembuatan meningkat dengan pantas selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina pada awal Februari.
"Kapasiti dipengaruhi secara positif oleh kelonggaran umum dan progresif ke atas sekatan perjalanan COVID-19, pengurangan pembatalan penerbangan disebabkan faktor berkaitan Omicron (di luar Asia) dan kurangnya gangguan operasi cuaca musim sejuk," menurut IATA dalam kenyataan berasingan.
Permintaan global, yang diukur dalam kargo tan kilometer (CTK), meningkat 2.9 peratus berbanding Februari 2021 (2.5 peratus untuk operasi antarabangsa), tambahnya.
Menurutnya, walaupun jumlah kargo terus meningkat namun kadar pertumbuhan berkurangan daripada pertumbuhan 8.7 peratus tahun ke tahun pada Disember, katanya.
Kapasiti adalah 12.5 peratus melebihi angka Februari 2021 (8.9 peratus untuk operasi antarabangsa).
IATA menambah, walaupun ini berada pada tahap positif berbanding tahap sebelum COVID-19 melanda, namun kapasiti masih mengalami kekangan dengan merekodkan 5.6 peratus di bawah paras Februari 2019.
Ia juga menjelaskan kesan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine mempunyai kesan terhad di peringkat global terhadap prestasi Februari kerana ia berlaku menjelang akhir bulan.
IATA menjangkakan kesan negatif daripada perang dan sekatan yang berkaitan (terutamanya kos tenaga yang lebih tinggi dan pengurangan perdagangan) akan menjadi lebih ketara mulai Mac.
Walsh berkata permintaan untuk kargo udara terus meningkat walaupun menghadapi cabaran yang semakin sukar dalam persekitaran perdagangan.
"Ini tidak mungkin berlaku pada Mac kerana kesan ekonomi ekoran perang di Ukraine baru mula timbul.
"Peralihan berkaitan sekatan dalam aktiviti pembuatan dan ekonomi, kenaikan harga minyak dan ketidaktentuan geopolitik dijangka menjejaskan prestasi kargo udara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022
![Pemulihan perjalanan udara cepat, pertumbuhan kargo udara berterusan pada Feb Pemulihan perjalanan udara cepat, pertumbuhan kargo udara berterusan pada Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641921654_Globalaircargo.jpg)
Menurut IATA, walaupun jumlah kargo terus meningkat namun kadar pertumbuhan berkurangan daripada pertumbuhan 8.7 peratus tahun ke tahun pada Disember.
![Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314407_protest.jpg)
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia 24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314325_flood.jpg)
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
![Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737941629_YoonSukYeolSouth.jpg)
Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.
![Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739308976_SheikhMujiburRahma.jpg)
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
![Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.
![Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739309087_KingAbdullahII.jpg)
Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.
![Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308707_DonaldTrump.jpg)
Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
![Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736333446_TBTENGKUMAIMUN.jpg)
Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara
Mohamad Ezri berkata pendekatan menyeluruh dapat membuka jalan kepada sistem keadilan yang penuh belas kasihan dan berkesan.
![Singapura lancar projek pemulihan terumbu karang terbesar Singapura lancar projek pemulihan terumbu karang terbesar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733838949_coralnparks.jpg)
Singapura lancar projek pemulihan terumbu karang terbesar
NParks bekerjasama dengan Makmal Marin Nasional di Pulau St John (SJINML) untuk melaksanakan inisiatif itu.
![Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732376853_TBKESTROS.jpg)
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
![Ee Wei tidak jamin kembalikan prestasi terbaik selepas Paris 2024 Ee Wei tidak jamin kembalikan prestasi terbaik selepas Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727363151_TohEeWei.jpg)
Ee Wei tidak jamin kembalikan prestasi terbaik selepas Paris 2024
Toh Ee Wei mengakui beliau tidak dapat memberi jaminan akan kembali kepada prestasi mengagumkan selepas Sukan Olimpik 2024 di Paris.
!['Pemulihan' sekitar lokasi tanah jerlus dijangka hingga enam bulan 'Pemulihan' sekitar lokasi tanah jerlus dijangka hingga enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724469709_TanahjerlusJalan.jpg)
'Pemulihan' sekitar lokasi tanah jerlus dijangka hingga enam bulan
Kerja-kerja pemulihan dan pembinaan semula akan libatkan laluan kira-kira 200 meter dari Wisma Yakin hingga Pondok Polis di Jalan Masjid India.
![Piala FA: Faisal Halim 'bertopeng' kembali ke padang pada sesi pemanasan badan Piala FA: Faisal Halim 'bertopeng' kembali ke padang pada sesi pemanasan badan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722693803_TBFAISALHALIM.jpg)
Piala FA: Faisal Halim 'bertopeng' kembali ke padang pada sesi pemanasan badan
Sejurus memasuki padang bersama pasukan, Faisal bersujud di tepi padang sambil menerima sorakan dan tepukan gemuruh ribuan penonton.
![PM Slovakia keluar daripada bahaya mengancam nyawa, keadaan masih serius PM Slovakia keluar daripada bahaya mengancam nyawa, keadaan masih serius](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715784840_TBRobertFico.jpg)
PM Slovakia keluar daripada bahaya mengancam nyawa, keadaan masih serius
Pemulihan Fico dijangka akan mengambil masa yang panjang dan menyakitkan, memerlukan rehat selama beberapa minggu.
![Kesihatan Tze Yong jadi keutamaan BAM - Norza Kesihatan Tze Yong jadi keutamaan BAM - Norza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702705100_TBNorzaZakaria.jpg)
Kesihatan Tze Yong jadi keutamaan BAM - Norza
Norza berkata, Tze Yong diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu.
![Jabatan Penjara tumpu pemulihan berimpak tinggi menerusi CHCDC Jabatan Penjara tumpu pemulihan berimpak tinggi menerusi CHCDC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701251945_TBIBRISAMjpg.jpg)
Jabatan Penjara tumpu pemulihan berimpak tinggi menerusi CHCDC
Penjara kini bukan hanya dijadikan sebagai tempat menghukum semata-mata, tetapi turut ditransformasikan sebagai institusi pendidikan.
![Usaha pemulihan Fukushima terima pengiktirafan dunia - Menteri Jepun Usaha pemulihan Fukushima terima pengiktirafan dunia - Menteri Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670308775_JVillage.jpg)
Usaha pemulihan Fukushima terima pengiktirafan dunia - Menteri Jepun
J-Village simbol kepada usaha pemulihan dan pusat itu kini tumpuan dunia apabila ia menjadi lokasi permulaan bagi larian obor temasya Olimpik.