KOTA BHARU: Pen yang digunakan untuk menandatangani pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 oleh Raja-Raja Melayu antara 5,000 koleksi kerabat Diraja Kelantan yang mencuri tumpuan di Pameran Collectibles Stateroom di Hotel Grand Riverview di sini pada Sabtu.
Pen bersejarah tersebut digunakan pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 antara semua Raja-Raja Melayu dengan Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald MacGillvary di bangunan Kings House, Kuala Lumpur.
Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim Petra yang juga Pengerusi Yang Dipertua (YDP) Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN) berkata, pen berkenaan digunakan oleh Almarhum Tuanku Perlis untuk menandatangani perjanjian tersebut pada waktu itu.
“Pen itu sekarang ini ada di muzium (Collectible Museum Kelantan) dan banyak orang tak tahu, patut pergi tengok untuk ambil ingatan.
“Saya sendiri berasa bangga kerana kita masih memiliki pen ini tetapi kebanyakan orang tak ambil tahu hal ini. Bagi yang minat sejarah, pen ini amat bernilai,” katanya ketika ditemui selepas Perasmian Pameran Collectibles Stateroom di Hotel Grand Riverview di sini pada Sabtu.
Tengku Abdul Halim melihat usahawan kraftangan besi, Mohd Zaki Husain (kanan) meniup tetuang.
Turut hadir, Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman.
Tengku Abdul Halim berkata, penganjuran pameran oleh kerabat Diraja Kelantan sempena menyemarakkan lagi kedatangan bulan kemerdekaan Ogos ini yang menggunakan konsep bilik ke bilik itu perlu diteruskan pada masa depan.
“Ini kali pertama kita buat pameran di bilik-bilik hotel di Kelantan dan dirasakan bagus kerana ramai yang boleh ambil bahagian. Patut tiap-tiap tahun boleh buat macam ni,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Collectible Museum Kelantan, A Saifullah Sulaiman berkata, juga buat pertama kali mempamerkan koleksi milik Tengku Abdul Halim dan isterinya Tengku Puan Laksamana Kelantan, Datuk Seri Diraja Sharifah Azwan Tuanku Syed Putra Jamalullail pada pameran tersebut.
“Seramai 40 peserta turut mengambil bahagian dengan mempamerkan koleksi di 45 bilik hotel berkenaan selama sehari pada Sabtu dengan keselamatan barangan mereka lebih terjamin.
“Setiap bilik memaparkan tema tertentu seperti koleksi lukisan oleh pelukis tersohor Kelantan, koleksi keris, kuda, barangan Diraja, buluh, artifek tradisional dan syiling lama,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 17 2022

Pen bersejarah digunakan Raja-Raja Melayu pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 yang dipamerkan di Pameran Collectibles Stateroom pada Sabtu. - Foto Sinar Harian

Lelaki ditahan bunuh, bakar ibu kandung di Alor Setar
Semakan awal polis mendapati suspek yang berusia 43 tahun merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental.

Peneroka Israel serbu masuk Masjid al-Aqsa pada hari kedua Ramadan
Pendatang berkenaan melakukan rondaan provokatif di sekitar masjid dan melaksanakan ritual keagamaan Yahudi.

Eropah hadapi ujian keselamatan sekali dalam satu generasi, kata PM UK
Keir Starmer menegaskan komitmen UK untuk terus menyokong Kyiv dalam peperangan berterusan dengan Rusia.

Usahawan rempah-ratus 'bidan terjun' jana pendapatan lima angka sebulan
Ibu dua anak bukan sahaja berjaya meneruskan legasi keluarga, malah mampu menjana pendapatan melebihi lima angka sebulan.

Zelenskyy tetap tidak memakai sut ketika bertemu Raja Charles
Seperti mana ketika bertemu Presiden Trump, Zelenskyy kekal mengenakan kemeja kasual yang sering menjadi identitinya semasa bertemu Raja Charles.

Johor bangga kejayaan pasukan inovasi ukir nama di persada global
Pertandingan itu turut mencatat sejarah dalam MBOR sebagai acara STEM antarabangsa, dengan penyertaan paling ramai dari Malaysia iaitu 589 peserta.

DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), kata Datuk Bandar.

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.

Pen pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu dipamerkan
Pen bersejarah tersebut digunakan pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.