KUALA LUMPUR: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan sebanyak 155 kawasan di seluruh negara yang dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi (KBT) penagihan dadah ditukar status menjadi kawasan berisiko rendah (KBR) menjelang 2025.
Ketua Pengarahnya, Sutekno Ahmad Belon berkata daripada jumlah tersebut, AADK berjaya menukar 77 KBT kepada KBR pada tahun lalu, dan komited untuk memastikan kawasan tersebut dapat mengekalkan status berkenaan.
Bagi 2024 pula, agensi berkenaan menyasarkan 16 kawasan untuk ditukarkan statusnya kepada KBR.
"(Selain itu) kita sasarkan menjelang tahun 2025, (sasaran bagi Kadar Penagihan Dadah) negara tidak boleh lebih 400 kes bagi setiap 100,000 penduduk.
"Masih lagi banyak perkara yang perlu dibuat daripada 437 kes tahun lepas bagi setiap 100,000 penduduk, kita nak turunkan kepada bawah 400.
"Contohnya di Melaka, bagi setiap 100,000 penduduk, ada 495 orang (penagih). Ia lebih tinggi sikit daripada purata nasional," katanya pada Program Walkabout Perdana sempena Peringatan Hari Antidadah 2024 di Pantai Puteri, Melaka pada Sabtu.
Selain Melaka, Program Walkabout Perdana turut diadakan serentak di 13 lokasi Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.
Program berkenaan antaranya bertujuan mendekati komuniti KBT bagi menyebar luas mesej antidadah, perkhidmatan AADK dan bertanya khabar tentang isu serta permasalahan dihadapi di kawasan tersebut yang menyumbang kepada isu penyalahgunaan dadah dan pelencongan sosial.
Mengulas lanjut, Sutekno berkata pada tahun lalu, AADK merawat pulih seramai 65,372 klien menerusi Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK).
Daripada jumlah tersebut, ujarnya, seramai 19,820 klien dinilai dan hasil penilaian mendapati seramai 14,890 klien atau 75.1 peratus mencapai tahap kepulihan.
Dalam masa sama, Sutekno berkata agensi itu telah berjaya menarik lebih 150,000 individu setakat ini, daripada sasaran penyertaan satu juta ahli Skuad AADK.
Astro Awani
Sat Feb 24 2024
Sutekno berkata pada tahun lalu, AADK merawat pulih seramai 65,372 klien menerusi Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK). -Foto AADK
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Penagihan dadah: AADK sasar 155 kawasan berisiko tinggi ditukar status menjelang 2025
AADK berjaya menukar 77 KBT kepada KBR pada tahun lalu, dan komited untuk memastikan kawasan tersebut dapat mengekalkan status berkenaan.