KUALA LUMPUR: Naratif yang cuba dimainkan oleh sesetengah pihak yang menyamakan penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan peristiwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan pada 1998 adalah tidak tepat.
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil, berkata sebaliknya perbandingan yang lebih tepat bagi kes Muhammad Sanusi adalah persamaan situasi penahanan seorang lelaki warga emas pada 2021 kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengaibkan terhadap Menteri Besar Kedah itu.
"Lain (menyamakan penahanan Anwar dengan Sanusi)... inilah naratif yang cuba dimainkan (pihak tertentu). Tetapi realitinya pada 2021 ada seorang pakcik lewat 60-an yang ditahan pada jam 3 atau 4 pagi kerana didakwa menghina Muhammad Sanusi.
"Maka bagi saya mungkin itu perbandingan yang lebih tepat," katanya, yang juga Menteri Komunikasi dan Digital, selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/ 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas berhubung laporan media yang menyamakan penahanan Muhammad Sanusi pada jam 3 pagi semalam seperti mengimbas kembali penahanan Anwar pada 1998.
Pada 9 Ogos 2021, seorang lelaki berusia 61 tahun ditangkap atas kes menghina Muhammad Sanusi selaku Menteri Besar Kedah.
Warga emas berkenaan dilaporkan ditangkap pada jam 3.57 pagi di sebuah rumah di Lenggeng, Negeri Sembilan dan kemudian ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung video yang didakwa sengaja mengaibkan Sanusi.
Semalam, Muhammad Sanusi ditahan polis sekitar jam 3 pagi di Kuala Lumpur berikutan beliau gagal dihubungi polis bagi memaklumkan supaya hadir ke Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor.
Beliau kemudian mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Fahmi berkata sebaliknya perbandingan yang lebih tepat bagi kes Muhammad Sanusi adalah persamaan situasi penahanan seorang lelaki warga emas pada 2021 kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengaibkan terhadap MB Kedah itu. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penahanan Sanusi dengan Anwar pada 1998 tidak sama - Fahmi
Naratif yang cuba dimainkan oleh sesetengah pihak yang menyamakan penahanan Muhammad Sanusi Md Nor dengan peristiwa Anwar Ibrahim ditahan pada 1998 adalah tidak tepat.