KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia kini menjalin kerjasama dengan Polis Persekutuan Australia bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang lelaki warga Malaysia berkaitan rampasan dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Kamarudin Md Din berkata lelaki berumur 34 tahun itu adalah antara empat individu yang ditahan susulan rampasan 622 kilogram (kg) dadah jenis metamfetamina di Melbourne.
"Segala tindakan akan diambil bagi memastikan sebarang kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah yang menjadi ancaman negara dapat dibanteras tanpa kompromi," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Media hari ini melaporkan dua warga China dan masing-masing seorang rakyat Malaysia serta Hong Kong ditahan polis Australia pada Rabu selepas dadah terbabit ditemukan disembunyi dalam bungkusan gulungan tisu tandas yang tiba di Melbourne melalui kargo laut dari Malaysia pada 4 Okt lepas.
Dadah itu dianggarkan bernilai hampir AUD$560 juta (RM1.7 bilion).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023

Datuk Seri Kamarudin Md Din berkata lelaki berumur 34 tahun itu adalah antara empat individu yang ditahan susulan rampasan 622 kilogram (kg) dadah jenis metamfetamina di Melbourne. - Gambar fail/PDRM
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Penahanan warga Malaysia: PDRM, polis Australia jalin kerjasama siasat kes dadah
Polis Diraja Malaysia kini menjalin kerjasama dengan Polis Persekutuan Australia bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang lelaki warga Malaysia berkaitan rampasan dadah.