KUALA LUMPUR: Pemandu pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim bersedia memulakan cabaran mendebarkan dengan kemuncak penampilan sulung pada perlumbaan tahan lasak 24 Jam Cabaran Spa di Belgium dari 27 hingga 30 Jun ini.
JMR menerusi kenyataan hari ini memaklumkan Putera Johor pada mulanya bersedia untuk memperoleh masa trek dan pengalaman penting pada acara 500 GT Terbuka di Spa Francorchamps, Belgium dari 24-26 Mei dalam persiapan untuk perlumbaan tahan lasak itu.
Penyertaan sekali sahaja dalam 500 GT Terbuka itu bertindak sebagai pemanasan strategik untuk perlumbaan 24 Jam Cabaran Spa itu iaitu acara dalam Cabaran GT Antara Benua.
Anakanda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim itu tidak pernah menyertai perlumbaan 24 jam, menjadikan ini peluang berharga untuk mengasah kemahirannya dan menyesuaikan diri dengan tuntutan acara tahan lasak itu.
"Adalah penting bagi kami untuk mendapatkan banyak masa trek di sana terutamanya bagi saya kerana ia adalah trek yang tidak pernah saya berlumba sebelum ini.
"Ia adalah trek berkelajuan tinggi yang sangat teknikal jadi sangat penting untuk mengambil langkah demi langkah dan mempelajari trek itu seberapa banyak yang saya boleh supaya pada masa kami tiba di sana untuk perlumbaan 24 jam, saya akan bersedia," menurut Tunku Abu Bakar dalam kenyataan itu.
Spa Francorchamps, venue Grand Prix Formula 1 Belgium dianggap sebagai salah satu trek paling mencabar di dunia kerana cirnya yang laju, berbukit dan berliku.
Pada perlumbaan 500 GT Terbuka, Tunku Abu Bakar akan berganding dengan pemandu Australia Jordan Love dalam pasukan Triple Eight JMR yang mnengakhiri musim sulung perlumbaan siri Asian Le Mans 2023/2024 di tempat kedua dalam kejuaraan GT di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Februari lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Spa Francorchamps, venue Grand Prix Formula 1 Belgium dianggap sebagai salah satu trek paling mencabar di dunia kerana cirnya yang laju, berbukit dan berliku. - www.f1-fansite.com
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Penampilan sulung Tunku Abu Bakar pada cabaran Spa di Belgium, Jun ini
Ini peluang berharga untuk mengasah kemahiran Tunku Abu Bakar dan menyesuaikan diri dengan tuntutan acara tahan lasak itu.

Tunku Abu Bakar-Stolz ungguli GT World Challenge Fanatec GT3 Asia
"Saya harap kita dapat teruskan momentum ini dan menamatkan musim di kedudukan teratas."