KANGAR: Kejayaan menanam 150,000 pokok secara serentak yang disertai pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini menjadi hadiah istimewa rakyat sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-80.
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kejayaan menanam pokok dalam masa satu jam bermula 9 hingga 10 pagi itu, telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records.
"Ini merupakan hadiah istimewa daripada rakyat kepada Tuanku Raja Perlis sempena ulang tahun baginda ke-80 kerana ia merupakan simbolik pemeliharaan dan pengekalan khazanah negeri Perlis untuk generasi masa hadapan," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian pada Majlis Perasmian Perlis Green Hour Sempena Ulang Tahun Ke-80 Raja Perlis di Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat di sini hari ini.
Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Teknikal) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Mohd Rahim Rani, Pengarah Perhutanan Perlis Ag Shaffie Ag Ahmadi dan exco kerajaan negeri.
Perlis Green Hour Sempena Ulang Tahun Ke-80 Raja Perlis mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai 'Penanaman Pokok Serentak Terbesar' selepas 150,000 pokok berjaya ditanam dalam masa satu jam.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah acara itu dapat menggalakkan penyertaan berterusan semua pihak termasuk agensi kerajaan, syarikat swasta dan korporat, selain badan bukan kerajaan, institusi pendidikan tinggi dan orang awam dalam usaha menambah baik ekosistem serta biodiversiti negara.
Sementara itu, Mohd Rahim berkata bagi tahun 2021 dan 2022, Perlis berjaya menanam 696,294 pokok iaitu melebihi sasaran sebanyak 400,000 pokok.
Katanya setakat 31 Mei tahun ini, negeri itu mencatat penanaman 87,037 pokok bersamaan 43.5 peratus daripada sasaran 200,000 pokok setahun.
--BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023
![Penanaman 150,000 pokok, hadiah rakyat sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis Penanaman 150,000 pokok, hadiah rakyat sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685775497_TBperlis.jpg)
Kejayaan menanam 150,000 pokok secara serentak yang disertai pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini menjadi hadiah istimewa rakyat sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-80. -Twitter Bernama
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739074106_tbPusatIslamNiger.jpg)
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
![Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716458975_FaizuddinPutraJama.jpg)
Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak supaya memainkan peranan bagi mencapai transformasi pendidikan berkualiti.
![Raja Muda Perlis jadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan Raja Muda Perlis jadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716025769_RajaMudaPerlisTua.jpg)
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
![Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710487690_TBTUANKUSYEDFAIZ.jpg)
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
![Bantu lapor kepada MAIPs jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis Bantu lapor kepada MAIPs jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710487690_TBTUANKUSYEDFAIZ.jpg)
Bantu lapor kepada MAIPs jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia bagi memastikan usaha mengenal pasti keperluan bantuan dapat dilaksanakan MAIPs.
![ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710487690_TBTUANKUSYEDFAIZ.jpg)
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
![Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati, disuburkan - Raja Muda Perlis Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati, disuburkan - Raja Muda Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697181527_rajamudaperlis.jpg)
Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati, disuburkan - Raja Muda Perlis
Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
![Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205 Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701987919_TuankuSyedFaizuddi.jpg)
Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
![Enam pensyarah UniMAP tersenarai antara saintis terbaik dunia Enam pensyarah UniMAP tersenarai antara saintis terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679039925_TuankuSyedFaizuddin.jpg)
Enam pensyarah UniMAP tersenarai antara saintis terbaik dunia
Pencapaian para pensyarah ini menandakan bahawa tenaga pengajar dan taraf akademik UniMAP berada pada tahap tertinggi.
![Masyarakat pelbagai bangsa, agama dan budaya sumber kekuatan negara - Raja Muda Perlis Masyarakat pelbagai bangsa, agama dan budaya sumber kekuatan negara - Raja Muda Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693430437_TBperlismerdeka.jpg)
Masyarakat pelbagai bangsa, agama dan budaya sumber kekuatan negara - Raja Muda Perlis
Perbezaan budaya, agama dan bangsa harus dijadikan sebagai sumber kekuatan negara dalam membina sebuah negara yang mampan.