GEORGE TOWN: Pulau Pinang bakal mewujudkan inisiatif baharu 'Penang Silicon Design @5km+' selaras dengan usaha menjayakan Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) bagi merancakkan ekosistem industri elektrik dan elektronik (E&E) di negeri itu.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata inisiatif itu meliputi empat projek utama iaitu Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu dan Digital, Akademi Reka Bentuk Cip Pulau Pinang, Ruang Penyelidikan dan Inkubasi Silikon.
"Penang Silicon Design @5km+ dijangka dilancarkan pada suku ketiga tahun ini," katanya ketika berucap pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri di Dewan Seri Pinang di sini.
Istiadat yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak itu menyaksikan 235 individu masing-masing menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat hari ini.
Pada 28 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pelan NSS yang mampu menarik pelaburan hingga RM500 bilion dalam bidang berkaitan semikonduktor di dalam negara.
CHOW-INISIATIF 2 (AKHIR) GEORGE TOWN
NSS adalah pelan strategik untuk pemerkasaan industri semikonduktor negara yang dirangka dalam tiga fasa bagi memupuk kerjasama dengan syarikat di peringkat ASEAN, Asia serta global.
Sementara itu, Chow berkata bagi memastikan rakyat menikmati limpahan kemajuan serta pembangunan yang sedang pesat berkembang, aspek pemantauan dan penyelarasan projek pembangunan akan terus dilaksanakan di semua peringkat.
Beliau berkata jabatan dan agensi di bawah negeri serta Persekutuan yang diberi tanggungjawab sebagai pelaksana projek perlu memastikan semua inisiatif yang dilaksanakan benar-benar memenuhi aspirasi dan keperluan rakyat di negeri itu.
"Dalam hal ini, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan pembangunan dengan jumlah RM374.718 juta bagi maksud pembangunan tahun ini dan keutamaan akan diberikan kepada projek-projek sambungan yang merupakan projek berimpak tinggi.
"Antaranya seperti projek pembangunan Gurney Bay, rancangan tebatan banjir (RTB), pinjaman kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi pembiayaan sebahagian kepada projek GBS By The Sea, Pembangunan Pusat Logistik Kemanusiaan Bencana di daerah Seberang Perai Tengah serta projek pelebaran jalan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin kritikal," katanya.
Menurut Chow, inisiatif berterusan kerajaan negeri bukan hanya untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa tetapi juga bagi melimpahkan manfaat keseluruhan demi warga serta masa depan Pulau Mutiara itu.
Beliau berkata erti kemajuan tidak bermakna sekiranya keperluan asas rakyat tidak dipenuhi dengan sebaiknya sehingga menyukarkan mereka untuk menjalani kehidupan seharian dengan sejahtera.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (kiri) dan isteri pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena sambutan Hari Ulang Tahun Ke-75 hari ini. - Foto Bernama
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.
Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.
Polis tahan lelaki rosak cermin kereta guna rantai besi
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan khianat dengan mengayun rantai besi ke cermin hadapan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Penang pada Rabu.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 25 bas ekspres dan persiaran
JPJ turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandu tiada lesen memandu dan sebuah lori kontena kerana pemandu di bawah umur.
Penerbangan terus Chennai-Pulau Pinang perkukuh hab udara serantau
Penerbangan terus dari Chennai ke Pulau Pinang menggunakan syarikat Penerbangan IndiGo, yang bermula hari ini, meningkatkan ketersambungan.
Pasangan kekasih dalang curi kabel antara lima ditahan
Pasangan itu ditahan di sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah manakala tiga yang lain ditahan di sekitar kawasan sama.
Pulau Pinang sedia beri sumbangan kewangan jika Lembaga Lembangan Ulu Muda ditubuhkan
Pulau Pinang sedia memberikan sumbangan kewangan sekiranya Lembaga Lembangan Ulu Muda (LLUM) dapat ditubuhkan bagi mengawal dan menguruskan sumber air di Ulu Muda, Kedah.
Polis sudah kenal pasti individu rosakkan motosikal di Lembah Permai
Polis menerima tiga laporan berhubung kes perbuatan khianat yang dilakukan seorang lelaki yang merosakkan dua motosikal berhampiran sebuah kondominium di Jalan Lembah Permai, Tanjong Tokong.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Lelaki cedera mata dalam pergaduhan kini stabil
Lelaki yang mengalami kecederaan dalam pergaduhan dengan seorang warga asing Sabtu lepas, telah selesai menjalani pembedahan mata dan keadaannya stabil.