MELAKA: Perjuangan dan penantian selama lapan tahun Khadijah Padzli, 64, untuk mendapatkan sijil kewarganegaraan anak angkatnya Muhammad Shaffiq Izudin Aziz Abdul Rahim, 10, akhirnya membuahkan hasil apabila permohonan untuk mendapatkan dokumen itu diluluskan.
Khadijah yang berasal dari Kampung Tengah di Klebang Besar di sini berkata dia dan arwah suami, Abdul Aziz Hashim telah menjaga Muhammad Shaffiq Izudin Aziz sejak kanak-kanak itu berusia dua tahun dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan sijil kewarganegaraan itu.
"Mak cik sangat bersyukur apabila dimaklumkan permohonan mendapatkan sijil kewarganegaraan buat Muhammad Shaffiq Izudin Aziz akhirnya diluluskan.
"Walaupun mengambil masa agak lama, kita faham kerana banyak prosedur yang perlu dilalui kerana melibatkan banyak proses undang-undang lebih-lebih lagi jika bukan warganegara," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Temu Seru Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka di sini hari ini.
Pada program itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang Datuk Lim Ban Hong menyerahkan sijil kewarganegaraan kepada Muhammad Shaffiq Izudin Aziz yang turut dihadiri Pengarah JPN Melaka Norazlee Sulaiman.
Khadijah berkata sijil kewarganegaraan itu penting kerana tanpa dokumen berkenaan, akan menyukarkan Muhammad Shaffiq Izudin Aziz untuk membuat permohonan MyKid selain menjejaskan urusan persekolahan dan kemudahan kesihatan.
"Tanpa sijil kewarganegaraan, banyak perkara tidak dapat dilakukan. Sebelum ini saya hendak bawa dia menunaikan umrah juga tidak dapat tetapi saya berharap impian ini dapat dimakbul Allah selepas ini.
"Walaupun dia anak angkat tapi saya telah anggapnya macam anak sendiri dan kasih sayang terhadapnya tidak pernah berbelah bahagi dengan seorang lagi anak saya yang telah berusia 32 tahun. Saya ingin dia mendapat penjagaan dan pendidikan yang sempurna," katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak termasuk JPN dan Lim kerana membantu memudahkan urusan permohonan berkenaan.
Sementara itu, Muhammad Shaffiq Izudin Aziz berkata dia berasa gembira mendapat sijil kewarganegaraan berkenaan kerana sebelum ini gagal menyediakan dokumen itu apabila diminta pihak sekolah.
"Selalu, apabila cikgu minta surat beranak atau MyKid, saya hanya boleh jawab belum dapat sahaja. Setiap hari saya berdoa kepada Allah supaya dimakbulkan doa untuk mendapat dokumen ini," katanya.
Dalam pada itu, Norazlee berkata JPN Melaka sentiasa terbuka memberikan khidmat nasihat, runding cara dan bantuan kepada mana-mana individu yang mempunyai masalah khususnya berkaitan pengurusan rekod peribadi seperti sijil lahir, MyKad, MyKid atau urusan kewarganegaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022

Khadijah dan arwah suaminya telah menjaga Muhammad Shaffiq Izudin sejak kanak-kanak itu berusia dua tahun dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan sijil kewarganegaraan itu. - Bernama

Taklimat Harian PMO: PM arah segerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan
Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyegerakan usaha itu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.
Program perumahan mampu milik di Kelantan: 3,268 unit siap, 2 lagi projek menyusul
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat (PRR) di Kelantan melibatkan lapan buah projek telah diluluskan dengan 3,574 unit rumah.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Taklimat Harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan MADANI - Tunku Nashrul
Taklimat Harian PMO sebaliknya, menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi kerajaan.
Taklimat Harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bukan pengganti kepada sidang media jurucakap Kerajaan Perpaduan oleh YB Fahmi Fadzil. #AWANInews

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar
Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan, kata Perdana Menteri.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Johor ambil tindakan batal lesen jika sewa tapak pada warga asing - Exco
Kerajaan Johor tidak mengeluarkan lesen bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada warga asing, jika ada 'sewa atas sewa' (kepada warga asing), lesen itu akan dibatalkan segera.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung
Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera.