BATU PAHAT: Selepas lapan tahun penantian, akhirnya 'impian' dua keluarga di Parit Ya'ani untuk memiliki rumah sendiri tertunai, apabila rumah yang dibina melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), siap dan boleh diduduki.
Mohd Hizam Jamien, 40, berkata beliau memohon untuk pembinaan rumah bernilai RM75,000 pada tahun 2015, namun tertangguh beberapa kali, termasuk akibat pandemik COVID-19, beberapa tahun lalu.
Katanya pembinaan rumah berkenaan mula tertangguh tanpa sebab pada tahun 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), menyebabkan beliau bersama isteri dan dua anaknya mulai bimbang.
"Bagaimanapun apabila kerajaan diterajui oleh Perdana Menteri ke sembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, permohonan semula dilakukan dan dimajukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Ya'ani, Datuk Mohamad Najib Samuri.
"Berikutan daripada aduan kepada beliau, pembinaan diteruskan semula dan akhirnya rumah siap untuk diduduki pada hari ini," katanya kepada pemberita selepas menerima kunci rumah yang diserahkan oleh ADUN Parit Ya'ani, hari ini.
Mohd Hizam bekata beliau yang mencari rezeki dengan berkebun terpaksa menyewa rumah untuk mereka sekeluarga selama 20 tahun dengan bayaran sewa RM200 sebulan.
Nasib yang sama turut dialami oleh pasangan suami isteri, Mohammed Fariz Asnawi, 42, dan isterinya Siti Luhainon Mohd Tahir, 45, yang tinggal di Kampung Parit Banyumas.
Menurut Mohammed Fariz, beliau menyewa rumah selama 15 tahun dengan bayaran RM150 sebulan, membuatkan mereka tekad untuk memohon kemudahan disediakan kerajaan pada tahun 2015.
"Dengan tanah seluas kira-kira satu ekar milik isteri, kami mencuba nasib dan amat berterima selepas diterima untuk pembangunan rumah bernilai RM75,000 ini.
"Penantian selama lapan tahun cukup menyiksakan bagi kami, malah hampir tidak dibina akibat daripada birokrasi pemaju pada tahun 2018 hingga 2020 sebelum digerakan semula selepas itu," katanya.
Sementara itu, Najib berkata masih ramai lagi penduduk di sini yang ingin mengemukakan permohohan rumah sama, dan bagi yang berminat, mereka boleh menghantar borang permohohan ke pejabatnya di Parit Raja bersama dokumen diperlukan untuk dimajukan kepada pihak SPNB.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023

Mohd Hizam menerima sijil penerimaan rumah yang diserahkan Najib di hadapan rumahnya di Kampung Parit Hasni Tengah, Batu Pahat, pada Sabtu. - Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.

Pempengaruh media sosial jual van klasik kesayangan demi bina rumah impian
Seorang pempengaruh media sosial menjual sebuah van klasik, Volkswagen Kombi dengan harga mencecah RM200,000.

Penantian lapan tahun, impian miliki rumah tertunai
Selepas bertahun-tahun menyewa, akhirnya mereka tekad untuk memohon kemudahan disediakan kerajaan pada tahun 2015.

Sihat Kredit Malaysia Inisiatif kelolaan SEDIMI dan CTOS sasar galak lebih ramai milik rumah
Aplikasi Sihat Kredit Malaysia Inisiatif (SKMI) membolehkan pengguna mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai status kewangan mereka.

KPKT lantik 25 pakar, kaji dan bantu kerajaan laksana dasar perumahan terbaik untuk rakyat
Pendekatan baharu perlu dirangka bagi melebarkan akses pemilikan kediaman khususnya kepada generasi muda, selaras dengan hasrat KPKT untuk menggalakkan generasi muda Miliki Rumah di Usia Muda.

Simpan duit dari usia 16 tahun, gadis berjaya beli rumah sendiri
Kini setelah mencapai usia 21 tahun, Becca Thompson berjaya membeli sebuah rumah.

Nilai kemampuan urus tanggungan lain sebelum beli rumah - PropertyGuru
Portal hartanah PropertyGuru Malaysia mengingatkan mereka yang berhasrat membeli kediaman agar berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan muktamad berikutan persekitaran pasaran hartanah yang sar

Beli hartanah pasca tempoh COVID-19 jika mampu - PropertyGuru
Namun diingatkan bahawa usaha pembelian hartanah memerlukan komitmen serta pelaburan jangka panjang.

Isu diaspora tidak boleh beli rumah di Malaysia dibawa ke Kabinet - Tun M
Kerajaan akan berbincang untuk memastikan mereka dapat membeli rumah di tanah air.

Budak 6 tahun beli bangunan RM33 juta
Boram mempunyai lebih 30 juta pengikut di dua saluran YouTube miliknya.