Seorang penarik kereta mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen terhadap lima pertuduhan merompak bersenjatakan pisau dan parang di sekitar Bangsar, di sini bulan lepas.
M. Nantha Kumar, 33, didakwa merompak menggunakan pisau terhadap seorang lelaki warga Nepal, Prakash Baniya dengan merampas komputer riba dan sebuah telefon bimbit di Jalan Terasek 2, Bangsar pada 3.45 petang, 11 Nov lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Hakim Azman Mustapa kemudian menetapkan 16 Dis ini untuk sebutan semula kes.
Sementara itu di hadapan Hakim Dazuki Ali, tertuduh didakwa terhadap empat pertuduhan iaitu menyamun wang RM69 dengan bersenjatakan pisau terhadap Tony Eu @ Eu Peng Seng, 69, di Jalan Cenderai 2, Bangsar, pukul 1.15 tengah hari pada 11 Nov 2013.
Kemudian tidak sampai setengah jam, tertuduh menyamun pula Goh Wei Min, 29, dan merampas kereta Mercedes Benz kepunyaan Goh Hor Tiam, 54, di Jalan Telawi 8 Bangsar.
Pada 13 Nov lepas, pukul 6.30 petang di Jalan Temasek 2, Bangsar tertuduh merompak Muhammad Syamil Muhammad@Hasnan, 29, dengan parang dan mengambil dompet mengandungi RM200 dan dokumen penting.
Ketiga-tiga pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 392/397 kanun sama.
Setengah jam kemudian bertempat di rumah 168, Jalan Ara Bangsar, tertuduh didakwa cuba merompak Donna Elizabeth Miller dan suaminya dan dakwaan dibuat mengikut Seksyen 393 kanun sama yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan juga boleh didenda.
Timbalan Pendakwa Raya Norman Mohd Nasir yang mengendalikan pendakwaan bagi kesemua kes tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh masih dalam sekatan perintah tahanan di Mukim Benut, Pontian bermula 7 Okt lepas selama tiga tahun.
Tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 7 Jan tahun depan untuk sebutan kes.
Bernama
Fri Dec 06 2013
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Mayat lelaki dijumpai dalam sebuah tangki simpanan air di Pelantar P5 Sungai Pinang Besar di Pulau Pangkor pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang.
Malaysia perlu perbahasan konstruktif, bukan sensasi
Menurut Tharma Pillai, ini kerana sidang Parlimen dianggap amat penting bukan sahaja dalam konteks domestik, tetapi juga dalam situasi global,terutama peranan Malaysia yang kini menjawat jawatan Pengerusi ASEAN25.
Dewan Rakyat: Sasaran Malaysia Sukan SEA 2025, mekanisme SKBBK antara tumpuan
Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025 dan mekanisme pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Insiden tembakan: 10 maut, serangan terburuk dalam sejarah Sweden
Sekitar 10 individu dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah pusat pendidikan dewasa pada Selasa.
Tragedi MH17: Keluarga rakyat A.S terbunuh dalam MH17 boleh saman bank Rusia
Keluarga seorang warga Amerika yang terbunuh susulan pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh di Ukraine pada tahun 2014 kini dibenarkan untuk menyaman bank terbesar Rusia.
A.S - China: Trump tak tergesa-gesa bercakap dengan China ketika perang tarif melanda
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Selasa menyatakan beliau tidak tergesa-gesa untuk bercakap dengan Presiden China, Xi Jinping.
Gencatan senjata: Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian bermula
Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan telah bermula, lapor Agensi Anadolu.
Bapa Elon Musk dakwa atur panggilan anaknya dengan pemimpin Afrika Selatan
Errol Musk yang menetap di Afrika Selatan jadi perantara anaknya dan Presiden Cyril Ramaphosa dalam diplomasi tertutup.
Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.
PM Israel jumpa Elon Musk sebelum bertemu Presiden Donald Trump
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan AS, namun, Musk sangat berpengaruh dalam pentadbiran Trump.
Wanita warga emas alami pendarahan di kepala akibat diragut
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi.
Imigresen tahan 10 warga asing termasuk kanak-kanak mengemis di Bangsar
13 individu diperiksa dalam operasi bermula pada 12.15 tengah hari itu susulan aduan orang ramai berhubung kegiatan mengemis.
Ras Adiba tumpu usaha cari Zalina Azman di Bangsar
Ras Adiba berkata ini kerana kawasan berkenaan mempunyai nilai sentimental kepada mereka berdua .
Polis nafi dakwaan paksa pasangan kekasih tarik balik laporan disamun
Polis menafikan bahawa pihaknya telah memaksa sepasang kekasih yang mendakwa disamun di Bangsar menarik semula laporan seperti yang tular melalui satu ciapan di laman Twitter hari ini.
154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.
Jalan Maarof ditutup pagi Ahad untuk kerja tampalan - DBKL
Jalan Maarof telah ditutup secara keseluruhan kepada lalu lintas sehingga jam 5 pagi Ahad untuk membolehkan kerja-kerja tampalan sementara jalan yang rosak dilaksanakan.
Hujan lebat, tanah mendap di Jalan Maarof
Kejadian hujan lebat serta ribut petir sejak petang Sabtu mengakibatkan kerosakan teruk di Jalan Maarof, Bangsar malam tadi.
Kes bunuh Bangsar: Pegawai polis tular di lokasi kejadian tidak bertugas
Pegawai penyiasat jenayah Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kuala Selangor itu mengaku berada di lokasi kejadian, namun dia tidak membawa sebarang senjata api bersamanya.
Sebuah rumah teres di Bangsar hampir hangus dalam kebakaran
Kebakaran dapat dikawal pada jam 9:50 malam dan padam sepenuhnya pada jam 10:20 malam.
Penularan wabak COVID-19 di Bangsar? Ini yang perlu anda tahu
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah menjelaskan, siasatan akan dijalankan berhubung perkara itu.