KUALA LUMPUR: Penarikan balik pembekuan sementara pekerja Indonesia ke Malaysia akan memberi impak positif terutamanya bagi sektor perladangan, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan, kata CGS-CIMB.
Dalam nota kajiannya, ia berkata resolusi itu akan membolehkan pengambilan semula pekerja Indonesia dalam beberapa bulan akan datang untuk mengurangkan isu kekurangan pekerja asing semasa.
"Ini akan membantu meningkatkan produktiviti dan keuntungan perniagaan pada masa depan serta menambah baik sentimen pasaran.
"Pengambilan pekerja ladang dari Indonesia adalah penting untuk meningkatkan hasil buah tandan segar (BTS), meningkatkan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) dan mengurangkan kos pengeluaran di ladang-ladang Malaysia," katanya.
Kerajaan Indonesia pada 13 Julai mengumumkan keputusan untuk membekukan sementara kemasukan semua pekerja negara itu ke Malaysia kerana tidak menggunakan sistem tunggal seperti yang dipersetujui sebelum ini.
Pada Khamis, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata Indonesia telah menarik balik sekatan terhadap kemasukan tenaga kerjanya ke Malaysia berkuat kuasa 1 Ogos, 2022.
BACA: Indonesia tarik balik pembekuan pekerja mulai 1 Ogos
Beliau berkata kedua-dua kerajaan juga bersetuju untuk mengintegrasikan sistem sedia ada antara Jabatan Imigresen Malaysia dan kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur untuk pengambilan pekerja domestik Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022

Pengambilan pekerja ladang dari Indonesia adalah penting untuk meningkatkan hasil buah tandan segar. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Tesla panggil balik 360,000 kereta susulan kerosakan perisian FSD
Penarikan balik itu meliputi kenderaan Model S (2016-23), Model X, Model 3s (2013-17) dan Model Y (2020-23) tertentu.

Penarikan balik sekatan pekerja Indonesia ke Malaysia positif untuk industri - CGS CIMB
Penarikan balik pembekuan sementara pekerja Indonesia ke Malaysia akan memberi impak positif terutamanya bagi sektor perladangan, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan, kata CGS-CIMB.

Sebanyak 2,814 unit HR-V Honda Malaysia dipanggil balik
Honda Malaysia Sdn Bhd sedang memanggil balik 2,814 unit model HR-V keluaran tahun 2016 berikutan bar penstabil hadapan.

'IKEA Malaysia tidak terjejas'
IKEA Malaysia hari ini memberitahu syarikat itu tidak akan terjejas dengan penarikan balik sosej berikutan laporan terdapat daging kuda di dalam produk tersebut.