KUCHING: Pencalonan Pelan Hala Tuju Delta Sarawak sebagai Geopark Global Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) akan dibentangkan ke Jawatankuasa Geopark Kebangsaan, bulan ini.
Pengarah Hutan Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Kerja Warisan dan Pemuliharaan Saintifik Sarawak, Datuk Hamden Mohammad berkata, pelan hala tuju dikenali sebagai "Aspiring Sarawak Delta UNESCO Global Geopark" itu dibincangkan dalam satu bengkel antara agensi berkaitan bermula Selasa, di sini.
"Bengkel bersama kumpulan pakar selama dua hari ini akan menghasilkan pelan hala tuju secara terperinci bagi persediaan Aspiring Sarawak Delta UNESCO Global Geopark," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, bengkel itu dibimbing oleh kumpulan pakar geopark global dan kebangsaan diketuai Naib Presiden Global Geoparks Network Association (GGN), Prof Emeritus Datuk Ibrahim Komoo.
Turut terlibat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan, Prof Dr Che Aziz Ali; Pensyarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Tanot Unjah dan Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan, Dr Dana Badang.
Hamden berkata, bengkel berkenaan akan menyusun perancangan geopark yang merangkumi matlamat, visi dan objektif, pelan pemeliharaan sumber semula jadi, pelan pendidikan awam, aktiviti pelancongan serta pemeliharaan budaya dan sejarah.
Katanya, persediaan bagi pencalonan ini adalah usaha yang penting dan memerlukan perancangan teliti bagi memenuhi dan mematuhi syarat-syarat serta standard yang ditetapkan oleh UNESCO.
"Bagi mencapai status Geopark Global UNESCO ia memerlukan usaha berterusan dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak termasuk komuniti setempat, kerajaan dan pelbagai pihak berkepentingan," tambahnya.
Kawasan Delta Sarawak yang terletak di selatan negeri itu diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang keenam di bawah Program Pembangunan Geopark Kebangsaan pada 20 Jun tahun lepas.
Berkeluasan 3,112 km persegi, Geopark Kebangsaan Delta Sarawak kaya dengan keunikan landskap batuan (28 geotapak), kepelbagaian biologi (12 biotapak) dan budaya (14 tapak budaya). - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Kata Hamden, persediaan bagi pencalonan ini adalah usaha yang penting dan memerlukan perancangan teliti bagi memenuhi dan mematuhi syarat-syarat serta standard yang ditetapkan oleh UNESCO. - Gambar fail/Astro AWANI
Tiga suspek rempuhan masih diburu, identiti dikenal pasti
Tiga individu berkenaan dikenali sebagai M Devindran berusia 25; M Ranjith, berusia 19 tahun; dan M Lavindran berusia 27 tahun.
Taiwan larang penggunaan Deepseek
Taiwan melarang pekerja sektor awam dan kemudahan infrastruktur utama daripada menggunakan enjin kecerdasan buatan (AI), Deepseek dengan dakwaan produk China itu boleh mengancam keselamatan negara.
Trudeau ancam tindakan segera terhadap cadangan tarif AS
"Tiada siapa - di kedua-dua belah sempadan - yang mahu melihat tarif Amerika ke atas barangan Kanada."
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus memartabatkan budaya sarapan dan makanan warisan negara melalui program dianjurkan.
Pembunuhan wartawan di Gaza melebihi mana-mana perang dalam puluhan tahun - UNESCO
Guterres menekankan kadar yang membimbangkan pembunuhan wartawan di zon konflik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Tidak munasabah bubar GTWHI - Chow
Kerajaan Pulau Pinang sifatkan cadangan membubarkan Georgetown World Heritage Incorporated (GTWHI) sebagai sebuah GLC tidak munasabah.
Budaya sarapan Malaysia: Nasi lemak, roti canai, teh tarik dihidang di Pejabat PBB
Ini kali pertama Malaysia mempamerkan warisan masakannya dengan menampilkan hidangan sarapan ikonik di Palais des Nations.
Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH
MOTAC berkata pemeteraian MoU itu akan mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan China dalam penggalakan dan pemasaran pelancongan.
Usaha mengiktiraf boria sebagai warisan dunia UNESCO
Akademi Boria sedang berusaha memperjuangkan supaya boria disenaraikan sebagai Warisan Dunia UNESCO agar ia dapat dipertahankan seterusnya menjadi satu warisan yang tidak hilang ditelan zaman.
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.
Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.
Kampung Baru Cina: Kor Ming ajak UMNO bincang
Menurut beliau, pertemuan itu bagi menjelaskan fakta sebenar berhubung cadangannya itu.
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.