BEIJING: Duta Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin menyifatkan perkembangan hubungan Malaysia-China sebagai di luar jangkaan.
Raja Nushirwan berkata beliau malah diplomat lain juga mungkin tidak menjangkakan bahawa hubungan kedua-dua negara yang sudah terjalin sejak 30 tahun lalu mampu terus berkembang sehingga ke hari ini.
"Contohnya, perdagangan bilateral mencatat US$176.8 bilion pada tahun 2021, sekali gus menjadikan Malaysia rakan dagang kesembilan terbesar bagi China.
"Mereka (para diplomat veteran lain) juga, saya rasa, akan terkejut sekiranya mengetahui bahawa pada 2019 terdapat 3.1 juta rakyat China yang datang ke Malaysia sebagai pelancong selain jumlah pelaburan yang dicatatkan pada masa ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
Duta itu turut optimis hubungan kedua-dua negara akan terus kukuh pada masa depan.
"Pertama, Malaysia dan China merupakan negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang menggabungkan ASEAN dan lima negara lain menjadi pasaran bersama yang paling besar di dunia.
"Kedua, kita akan melihat kepada peningkatan atau penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), dan ia juga akan mengukuhkan hubungan antara Malaysia, China dan ASEAN," tambah beliau.
Beliau berkata jika dilihat dari segi politik, Malaysia dan China telah menjalinkan perkongsian strategik komprehensif pada 2013, dan ini ialah pencapaian yang amat signifikan.
"Jadi dengan pulihnya pergerakan aliran pelancong China ke Malaysia dan sebaliknya, saya optimis hubungan Malaysia-China akan menjadi lebih kukuh pada beberapa tahun akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 31 2022
![Pencapaian hubungan Malaysia-China di luar jangkaan - Duta Pencapaian hubungan Malaysia-China di luar jangkaan - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81661983337_RajaDatukNushirwan.jpg)
Raja Nushirwan optimis hubungan antara Malaysia dan China akan terus kukuh pada masa depan. - Gambar fail BERNAMA
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
![Nushirwan dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu Nushirwan dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685439760_TBnushirwan.jpg)
Nushirwan dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu
Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara berkuat kuasa hari ini, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
![Duta Malaysia ke China martabatkan penggunaan Bahasa Melayu di China Duta Malaysia ke China martabatkan penggunaan Bahasa Melayu di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684485101_TBdutachina.jpg)
Duta Malaysia ke China martabatkan penggunaan Bahasa Melayu di China
Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin, menyumbangkan sebanyak 33 buah buku Bahasa Melayu terbitan DBP kepada SISU dalam usaha memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di republik itu.
![Pencapaian hubungan Malaysia-China di luar jangkaan - Duta Pencapaian hubungan Malaysia-China di luar jangkaan - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81661983337_RajaDatukNushirwan.jpg)
Pencapaian hubungan Malaysia-China di luar jangkaan - Duta
Perdagangan bilateral mencatat US$176.8 bilion pada 2021, menjadikan Malaysia rakan dagang kesembilan terbesar bagi China.