KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mengucapkan tahniah kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai di Bayan Baru, Pulau Pinang, dan SK Kanchong Darat di Banting, Selangor yang tersenarai dalam kedudukan sepuluh teratas anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2023.
Menterinya, Fadhlina Sidek berharap kejayaan dua sekolah itu akan menjadi inspirasi kepada semua.
"Kejayaan sekolah-sekolah ini menunjukkan keupayaan kita berdaya cipta, mencari penyelesaian baru secara kritis dan kreatif.
"Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada dua buah sekolah Malaysia yang tersenarai dalam 10 teratas anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2023," katanya dalam catatan di Facebook beliau di sini, pada Khamis.
SK Seri Permai di Bayan Baru Penang membangunkan inovasi meja dan ruang simpanan buku yang dikenali sebagai Smart and Easy Table (SnET) 2.0 bertujuan mengatasi masalah beg berat ke sekolah.
Sementara, SK Kanchong Darat di Banting Selangor pula membawakan inovasi Program Minda Sihat, Warga Hebat bagi mengalakkan murid hadir ke sekolah, sekali gus menangani isu obesiti kanak-kanak.
Kedua-dua sekolah ini berpeluang memenangi sebahagian daripada hadiah keseluruhan AS$250,000 (RM1.16 juta), untuk dikongsi sama rata bersama lima pemenang, dengan masing-masing menerima AS$50,000 (RM231,300).
Tiga finalis teratas untuk setiap hadiah akan diumumkan pada September depan, manakala pengumuman pemenang pula pada Oktober.
Pemenang bagi setiap hadiah akan dipilih berdasarkan kriteria oleh juri yang terdiri daripada ahli akademik, pendidik, badan bukan kerajaan, usahawan sosial, kerajaan, masyarakat sivil dan sektor swasta dari seluruh dunia.
Astro Awani
Thu Jun 15 2023
![Pencapaian membanggakan, Menteri Pendidikan ucap tahniah kepada SK Permai, SK Kanchong Darat Pencapaian membanggakan, Menteri Pendidikan ucap tahniah kepada SK Permai, SK Kanchong Darat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684141990_FadhlinaSidek.jpg)
Fadhlina Sidek berharap kejayaan dua sekolah itu akan menjadi inspirasi kepada semua. - Gambar fail/Astro AWANI
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 8 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824041_FadhlinaSidek.jpg)
KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.
![Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738570151_Fadhlina.jpg)
Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Menteri Pendidikan menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 hari ini.
![Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737790558_TBFadhlina.jpg)
Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.
![KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737530175_FadhlinaSidek.jpg)
KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.
![Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737528344_TBFADHLINA.jpg)
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
![KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737098756_FadhlinaSidek.jpg)
KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.
![KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737000924_fadhlinasidek.jpg)
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.
![Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736746658_FadhlinaSidekBan.jpg)
Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.
![Dasar Wajib Pendidikan Sekolah Menengah dijangka dibentang Februari Dasar Wajib Pendidikan Sekolah Menengah dijangka dibentang Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Dasar Wajib Pendidikan Sekolah Menengah dijangka dibentang Februari
KPM dijangka membentangkan Dasar Wajib Pendidikan Sekolah Menengah pada sesi Dewan Rakyat Februari ini.
![KPM sedang gubal dasar pendidikan wajib sekolah menengah - Fadhlina KPM sedang gubal dasar pendidikan wajib sekolah menengah - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736740002_FadhlinaSidekBan.jpg)
KPM sedang gubal dasar pendidikan wajib sekolah menengah - Fadhlina
Menurut Fadhlina, dasar tersebut juga selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara.