KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 mendapati pencapaian program penanaman padi di kawasan seluas 416,415 hektar atau 64.3 peratus daripada 647,936 hektar kawasan penanaman padi di seluruh negara tidak memuaskan.
Menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, terdapat jelapang padi belum diwartakan sebagai kawasan penanaman padi setakat 31 Dis 2022, menyebabkan kawasan penanaman padi di empat jelapang mengalami penyusutan sebanyak 11,123 hektar.
Empat jelapang padi itu ialah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian, IADA Barat Laut Selangor, IADA Kawasan Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Prestasi tidak memuaskan disebabkan masalah bekalan benih padi asas tidak mencukupi, sekali gus membuka ruang kepada penggunaan benih padi tidak diiktiraf Jabatan Pertanian Malaysia, selain kelewatan pengagihan baja kepada pesawah serta pergantungan kepada perkhidmatan jentera pihak swasta disebabkan hanya 589 daripada 892 jentera pertanian boleh beroperasi.
Laporan itu juga mendapati baki peruntukan terkumpul setakat 2022 berjumlah RM448.87 juta yang disalurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi pemberian subsidi dan insentif kepada pesawah, tidak dibelanjakan.
"KPKM juga didapati tidak menjaga kepentingan kerajaan apabila meluluskan secara keseluruhan pengecualian denda kelewatan penghantaran baja berjumlah RM211.27 juta kepada pembekal.
"Selain itu, terdapat kelemahan dalam pemantauan baki peruntukan yang berada di LPP dan agensi yang terlibat dengan Program Pengukuhan Produktiviti Penanaman Padi di Lain-lain Kawasan Pengairan (EPP 11)," menurut laporan itu.
Berikutan itu, KPKM disaran mewujudkan pangkalan data bersepadu dan menyeluruh meliputi maklumat berkaitan pesawah, pihak terlibat dalam rantaian pengeluaran padi, keluasan kawasan penanaman padi, hasil pengeluaran padi dan beras, pendapatan pesawah serta maklumat lain yang berkaitan.
KPKM melalui agensi yang terlibat juga disaran memastikan semua skim bantuan yang diperuntukkan digunakan secara optimum bagi membantu golongan sasar mengurangkan kos pengeluaran padi, seterusnya mendapat manfaat daripada bantuan yang disalurkan.
Bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi, pihak audit mengesyorkan KPKM memastikan keperluan benih asas di lapangan mencukupi, bantuan baja sampai mengikut tempoh ditetapkan, menyediakan perkhidmatan jentera dan mekanisasi yang dapat memenuhi keperluan pesawah serta pengairan dan saliran diselenggara dengan baik.
LKAN 2022 turut merumuskan pengurusan Kawasan Perlindungan Marin oleh Jabatan Perikanan memuaskan daripada aspek pelaksanaan program restorasi, rehabilitasi dan pencapaian litupan karang hidup kerana telah mencapai sasaran yang ditetapkan.
Pihak Audit pada masa sama menyarankan Jabatan Perikanan supaya mewujudkan mekanisme dan libat urus dengan pihak-pihak terlibat bagi memastikan kutipan hasil taman laut teratur selain memastikan program penyenggaraan bangunan dilaksanakan secara berkala agar dapat digunakan dengan selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023

Terdapat jelapang padi belum diwartakan sebagai kawasan penanaman padi setakat 31 Dis 2022, menyebabkan kawasan penanaman padi di empat jelapang mengalami penyusutan sebanyak 11,123 hektar. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan LTAT dan Felda mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.

Pencapaian Program Penanaman Padi tidak memuaskan - LKAN
Pencapaian program penanaman padi di kawasan seluas 416,415 hektar atau 64.3 peratus daripada 647,936 hektar kawasan penanaman padi di seluruh negara tidak memuaskan.

Objektif Program Podium belum tercapai - Laporan Ketua Audit
Objektif utama Program Podium Sukan Elit (Program Podium) yang dilancarkan pada 2 Feb 2016 untuk membawa pulang pingat emas pada temasya Sukan Olimpik masih belum tercapai.