KUALA LUMPUR: Pencarian kini bermula bagi memilih wanita yang sudah berkahwin namun masih anggun dan menawan untuk dinobat sebagai Mrs Malaysia World 2023.
Pengarah Nasional Mrs Malaysia World merangkap Pengarah Urusan Mrs Malaysia World Sdn Bhd Datin Harveen Kaur berkata 15 finalis telah dipilih melalui uji bakat peringkat kebangsaan pada 28 Mei lepas.
"Sebagai menyokong Bulan Kesedaran Kesihatan Mental (pada Mei), semua peserta yang menghadiri uji bakat memakai seluar hijau mengikut tema tahun ini iaitu Look Around, Look Within," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Pentas final bagi pertandingan ratu cantik itu dijadualkan pada 3 Sept depan.
Harveen Kaur juga berkata 2023 adalah ulang tahun kelima penubuhan Mrs Malaysia World Sdn Bhd.
Syarikat itu diasaskan pada 2018 oleh Datuk Dr Kattayat Mohandas, seorang pakar bius terkemuka yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
Mrs Malaysia World anjuran syarikat itu adalah satu-satunya acara awal rasmi bagi Mrs World iaitu pertandingan ratu cantik bagi wanita sudah berkahwin di dunia yang diasaskan oleh mendiang David Marmel pada 1984.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023
Datin Harveen Kaur berkata 15 finalis telah dipilih melalui uji bakat peringkat kebangsaan pada 28 Mei lepas. - Foto BERNAMA
IOFS hantar konvoi bantuan pertama ke Gaza tangani krisis makanan
IOFS telah menghantar konvoi bantuan pertama menerusi "Program Tepung untuk Kemanusiaan" ke Gaza pada Isnin (20 Jan), membekalkan 200 tan tepung gandum untuk menangani kekurangan makanan kritikal.
Dialog Anak Muda: Sediakan modal insan kalis masa depan, bukan perkenal subjek baharu – Ketua Putera MIC
Ketua Putera MIC Kebangsaan dan mantan Ahli Parlimen Belia Malaysia, Dr. Shatesh Kumar Sangar berkata pembangunan modal insan yang bersedia untuk berdepan dengan cabaran masa depan adalah lebih mustahak daripada memperkenalkan subjek baharu dalam sistem pendidikan. Jelasnya, belia perlu mempunyai kelebihan beradaptasi dengan pantas mengikut trend industri semasa. #DialogAnakMuda
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 Januari 2025
1️⃣ Kes tembak: Seorang maut, empat cedera di Morib
2️⃣ Tindakan tegas jika gagal penilaian deep - KPPA
3️⃣ Empat nama tebusan diserahkan pada Jumaat
#awaniringkas
1️⃣ Kes tembak: Seorang maut, empat cedera di Morib
2️⃣ Tindakan tegas jika gagal penilaian deep - KPPA
3️⃣ Empat nama tebusan diserahkan pada Jumaat
#awaniringkas
KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.
Trump 'berlembut' isu tarif China, ringgit cecah paras tertinggi bagi hampir tiga bulan
Ringgit mencecah paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh hampir tiga bulan pada akhir urus niaga Jumaat.
KKM pantau limau mandarin
Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pemantauan khas ke atas limau mandarin yang diimport sempena musim perayaan di kesemua 70 pintu masuk negara bermula November lepas.
Dialog Anak Muda: Kalau tak ikut ‘trend’, Hilang kerja
Kepakaran Ai, keselamatan siber dan literasi teknologi antara kemahiran yang dijangka berkembang menjelang 2030.
Ratusan juta kerja baharu bakal tercipta, anak muda bersedia ubah pemikiran, tambah kemahiran dan tingkat mutu perkhidmatan?
Dialog Anak Muda bersama hos Hawa Rizwana Jumaat 8.30 malam
Ratusan juta kerja baharu bakal tercipta, anak muda bersedia ubah pemikiran, tambah kemahiran dan tingkat mutu perkhidmatan?
Dialog Anak Muda bersama hos Hawa Rizwana Jumaat 8.30 malam
Samsung lancar siri Galaxy S25, tetapkan piawaian baharu teknologi AI
Siri S25 terbaharu ini memperkenalkan teknologi True AI Companion, menawarkan pengalaman mudah alih paling intuitif dan peka terhadap keperluan pengguna.
AWANI Sabah+: Sabah peneraju CCUS
Sabah antara empat negeri yang dikenalpasti berpotensi menjadi peneraju dalam industri pemerangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon (CCUS) yang bakal memberi manfaat ekonomi buat negeri itu.
Tirai dilabuh, kini terpulang kepada pemimpin dunia
Najib Arof membawakan perkembangan semasa pada hari terakhir Forum Ekonomi Dunia 2025 di Davos, Switzerland dengan pelbagai isu dunia telah dibincangkan, kini terpulang kepada pemimpin dunia untuk laksana dasar.
Pencarian wanita anggun untuk dinobat sebagai Mrs Malaysia World 2023 bermula
Pencarian kini bermula bagi memilih wanita yang sudah berkahwin namun masih anggun dan menawan untuk dinobat sebagai Mrs Malaysia World 2023.