PUTRAJAYA: Seorang pemilik kilang berasaskan makanan telah didakwa disyaki menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas sebanyak dua kali, iaitu pada 31 Ogos lalu dan terkini pada 3 September 2021.
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor pada 2 dan 3 September 2021 mendapati kilang tersebut beroperasi dan beberapa sampel pelepasan efluen perindustrian diambil.
Tambah Kementerian lagi, sampel air sungai di muka sauk telah diambil serta dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisa komposisi kimia.
“Siasatan diteruskan pada tengah malam 3 September yang mana pengawasan kualiti udara yang dijalankan di takat pelepasan akhir kilang (sebelum ke longkang awam) telah berjaya mencerap beberapa bahan iaitu Sebatian Organik Meruap (Volatile Organic Compound, VOC) dalam udara yang berbau.
“(Selain itu) ia mempunyai persamaan dengan bahan-bahan VOC yang dikesan dalam sampel air berbau semasa kejadian henti tugas LRA Sungai Semenyih pada 31 Ogos lalu.
“Berdasarkan petunjuk terbaru tersebut, pihak JAS telah melaksanakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) terhadap kilang di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 bagi menghentikan pencemaran serta merta dan proses pengeluaran kilang dihentikan sehingga siasatan lanjut selesai dijalankan,” menurut kenyataan itu lagi.
KASA berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 25 (1), Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman berdasarkan Seksyen 25(3) Akta yang sama iaitu denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya bagi setiap parameter.
Astro Awani
Sun Sep 05 2021

Sampel air sungai di muka sauk telah diambil serta dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisa komposisi kimia. - Foto Kementerian Alam Sekitar dan Air

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Pencemaran di LRA Semenyih: Pemilik kilang berasaskan makanan didakwa
Siasatan mendapati kilang tersebut beroperasi dan beberapa sampel pelepasan efluen perindustrian.